KUALA LUMPUR: Laluan pejalan kaki Jejak Pahlawan di Bulatan Dato Onn bersebelahan Dataran Merdeka bakal menjadi produk pelancongan terbaru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menarik kehadiran lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa ke ibu negara.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim berkata inisiatif itu bakal dirancakkan lagi dengan operasi Pusat Penjaja D'Tebing yang sekali gus bermatlamat membantu menaikkan semula sektor perniagaan tempatan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
"Pusat Penjaja D'Tebing pada asalnya serba kekurangan, namun ia kini telah dinaik taraf oleh DBKL agar ia berwajah baharu dan menarik pengunjung.
"Kita mahu orang ramai singgah ke premis-premis ini semula, seperti mana sebelum pandemik," katanya ketika merasmikan Jejak Pahlawan dan pusat penjaja berkenaan di sini malam tadi.
Projek menaik taraf pusat penjaja berkonsep medan selera yang menelan belanja RM1 juta tersebut turut dilengkapi fasiliti surau bagi memudahkan pengunjung beroperasi sehingga waktu malam.
Pusat penjaja terletak berhampiran dengan sebahagian projek laluan Jejak Pahlawan sepanjang dua kilometer, di Bulatan Dato Onn.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Jejak Pahlawan merupakan salah satu jajaran Jejak Warisan yang terletak di Bulatan Dato Onn kini dibuka untuk kunjungan awam sebagai satu lagi kawasan tarikan ke ibu kota. -Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Arab Saudi bina laluan pejalan kaki 'lembut' hubungkan Arafah-Muzdalifah
Kementerian Pengangkutan bagi Operasi Jalan Raya dan Penyelenggaraan Arab Saudi telah membangunkan laluan pejalan kaki dengan lantai yang 'lembut' menghubungkan Arafah dengan Muzdalifah.

Mayat lelaki berperwatakan wanita ditemukan di terowong laluan pejalan kaki di Tampoi
Mayat seorang lelaki berperwatakan wanita ditemukan di terowong pejalan kaki di Jalan Perkasa, Taman Tampoi Utama, Ahad lepas.

Warga kota kecewa sikap penjaja berniaga di laluan pejalan kaki, petak parkir
Tindakan peniaga menghalang laluan, menyesakkan trafik, kotor, dan mencacatkan pemandangan sekitar ibu negara.

DBKL ambil tindakan peniaga salah guna laluan pejalan kaki
DBKL menjelaskan, tindakan penguatkuasaan akan dilakukan sekiranya banyak aduan diterima seperti kes laluan berbumbung LRT Wangsa Maju.

Wanita cedera parah terjatuh ke dalam lubang benam panas
Mangsa sedang berjalan bersama suaminya apabila laluan itu runtuh secara tiba-tiba.

Air laut pasang, laluan pejalan kaki tembok laut Padang Kota Lama ditutup sementara
Penutupan itu dibuat bermula petang Isnin selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua pihak.

Gadis pengsan ketika daki Bukit Larut
Nuridzdihar ditemui tidak sedarkan diri di laluan pejalan kaki, kira-kira dua kilometer dari kaki bukit.

Polis Okinawa 'pening' orang ramai suka tidur di tengah jalan
Polis juga memaklumkan terdapat beberapa laporan membabitkan penduduk yang tidur di laluan pejalan kaki kerana ia "lebih sejuk dan selesa".