KOTA KINABALU:Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Jeffrey yang baru dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II berkata, surat peletakan jawatan itu sudah pun diserahkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Ya memang betul saya sudah letak jawatan sebagai timbalan menteri.
“Peletakan jawatan itu memandangkan kita tidak boleh memegang dua jawatan (sekali gus),” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Bung Moktar, Jeffrey Kitingan, Joachim Gunsalam dilantik Timbalan Ketua Menteri Sabah
Terdahulu, Jeffrey mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.
Istiadat mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Assim Hassan
Tue Sep 29 2020
Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. - Foto Astro AWANI
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat direman
Empat individu termasuk tiga pengarah syarikat yang disyaki terlibat sindiket pemalsuan dokumen geran hak milik tanah, yang ditahan SPRM Johor, direman enam hari.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan Yap Xin Yuan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan yang mayatnya ditemukan alam keadaan tidak sempurna di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
Kertas Sejarah SPM didakwa bocor: KPM akan ambil tindakan undang-undang - Wong
Kementerian Pendidikan tidak teragak-agak mengambil tindakan perundangan terhadap individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung kebocoran kertas peperiksaan SPM bagi subjek Sejarah.
Pengangguran menurun kepada 3.2 peratus pada Nov 2024 - DOSM
Bilangan penganggur terus berkurang kepada 546,700 orang pada November 2024, dengan kadar pengangguran pada paras 3.2 peratus.
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Jeffrey Kitingan sahkan letak jawatan timbalan menteri
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku, Datuk Dr Jeffrey Kitingan mengesahkan peletakan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.