MELAKA:Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berupaya mengekalkan prestasi cemerlang mereka dalam saingan Piala Malaysia akan datang, meskipun tanpa kehadiran tonggak pasukan Muhammad Safawi Rasid.
Ia dibuktikan dengan kejayaan JDT menundukkan Melaka 5-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.
Jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora berkata, dengan ketiadaan pemain berusia 23 tahun itu, ia juga memberi peluang kepada pemain lain untuk menyerlah dan membantu persiapan pasukan untuk aksi Piala Malaysia.
"JDT bukan mengenai seorang pemain sahaja. Kami semua sayangkan Safawi kerana dia seorang pemain yang hebat, berkeyakinan tinggi. Kami percaya ia adalah keputusan terbaik untuknya beraksi di luar negara dan kami di sini perlu teruskan permainan dan beraksi dalam satu pasukan.
"Seseorang bakal menggantikan tempatnya (Safawi) ... kami dapat melihat bagaimana prestasi pemain malam tadi. Kami akan membuat perancangan untuk permainan dan sesi latihan berikutnya," katanya dalam sidang media selepas perlawanan semalam.
Mora berkata, perancangan kali ini adalah untuk memberi peluang kepada pemain yang tidak beraksi ketika perlawanan sebelum ini sebagai langkah membina keyakinan untuk saingan Piala Malaysia akan datang.
Muhammad Safawi yang juga pemain kelahiran Dungun, Terengganu berlepas ke Portugal pada 3 Oktober lepas, bagi melengkapkan perpindahannya secara pinjaman selama satu musim ke pasukan liga utama negara itu, Portimonense SC.
Pada aksi di Stadium Hang Jebat malam tadi, JDT memperolehi gol menerusi dua jaringan pemain import Leandro Velazquez yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-70 dan masa tambahan, diikuti jaringan Syafiq Ahmad (minit ke-75), Aidil Zafuan Abd Razak (minit ke-79), dan Fernando Ortega (minit ke-85).
Sementara itu, ketua jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan mengakui kecewa dengan keputusan perlawanan yang dicatat pasukan bimbingannya itu walaupun pada awalnya Melaka mampu bertahan tanpa dibolosi pada separuh masa pertama. - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 11 2020
Ketiadaan Muhammad Safawi memberi peluang kepada pemain lain untuk menyerlah dan membantu persiapan pasukan untuk aksi Piala Malaysia. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Tunku Puteri Intan Safinaz kekal Pengerusi Bulan Sabit Merah Malaysia
Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah kekal sebagai Pengerusi Kebangsaan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) bagi tempoh tiga tahun akan dat
Pemimpin Israel patut dihukum gantung
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan ICC yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Memasuki tahun kedua, program larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Arif Aiman, Tommy digantung tiga perlawanan
FAM telah menjatuhkan hukuman gantung tiga perlawanan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada.
Harimau Malaya hampir malukan India di Hyderabad
Nasib tidak menyebelahi Malaysia selepas seri 1-1 menentang India pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam tadi.
'Bola sepak Malaysia tidak gagal, anda yang gagal' - TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap menguruskan sebuah kelab bola sepak bukan perkara yang susah jika pihak pengurusan bijak berbelanja.
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
'Jangan jadi badut dan rasis' - Tommy
Tommy Mawat Bada kecewa apabila menjadi mangsa komen berbaur perkauman susulan insiden pergaduhannya dengan bintang JDT, Arif Aiman Hanapi.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Piala Malaysia: Laluan mudah buat JDT
Gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) berhadapan laluan mudah dalam misi mempertahankan Piala Malaysia.
TMJ sokong Arif Aiman dibuang padang, Perak dapat penalti
Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berasakan pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali, wajar melayangkan kad merah kepada Arif Aiman Hanapi dan Tommy Mawat Bada.
Pergaduhan libat Arif Aiman: 'Saya tidak pasti budi bicara apa digunakan pengadil' - Pekan
Arif Aiman Mohd Hanapi bernasib baik apabila masih dibenarkan beraksi selepas terlibat dalam insiden pergaduhan dengan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada.
Ranking MA AFC: Kemenangan JDT pacu Malaysia pintas Australia
Malaysia memintas Australia dalam kedudukan Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia untuk kini menduduki tangga kelima.