KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mewujudkan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) di Gunung Stong, Kuala Krai dan Gunung Tahan, Pahang.
Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata langkah itu susulan kejayaan mewujudkan Mocsar yang dianggotai 35 orang yang dilantik secara berelaun sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB) di Gunung Kinabalu, Sabah.
Katanya PBB bertugas sebagai petunjuk arah serta jalan selamat kepada pendaki di gunung selain menjadi penyelamat atau pengerak balas utama (responder) awal sebelum pihak bomba tiba sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
"Sekiranya berlaku apa-apa kejadian, mereka yang dilantik ini akan terus menukar pakaian yang telah disediakan dan mempersiapkan diri mereka dengan peralatan keselamatan. Ia sekali gus dapat menjimatkan masa pihak bomba dalam operasi menyelamat tanpa perlu mendaki gunung terbabit.
"Setakat ini, kita lihat penubuhan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (Moscar) berjaya memandangkan PBB telah menjalankan banyak aktiviti penyelamatan. Oleh itu, kita akan laksanakan (Mocsar) di Gunung Stong selain akan meneliti untuk diwujudkan di Kuala Tahan, Pahang kerana kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 dan Sijil Perkhidmatan 30 Tahun JBPM Kelantan di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah JBPM Kelantan Jainal @ Zainal Madasin.
Mengulas lanjut, Mohammad Hamdan berkata selain Mocsar pihaknya turut mewujudkan Safety Water and Rescue Team (SWART) yang terdiri daripada komuniti setempat untuk menjadi 'mata dan telinga' JBPM bagi melakukan pemantauan di kawasan berisiko terutama di pantai.
Katanya pasukan SWART yang ditubuhkan di Kelantan membabitkan dua pasukan di Tok Bali dan Bachok, selain dua pasukan di Terengganu iaitu di Marang dan Besut menjadi penanda aras serta model untuk pihaknya memperluaskan ke negeri-negeri lain yang kini telah diikuti oleh Sarawak.
"Mereka menerima elaun sebanyak RM8 untuk satu jam dengan menjalankan fungsi sebagai pemantau dan pemerhati JBPM di kawasan badan air seperti air terjun, pantai, sungai dan tasik yang sering menjadi tumpuan ramai,".
"Sekiranya berlaku apa-apa kecemasan yang melibatkan kelemasan, mereka menjadi responder awal selain mereka turut membantu JBPM untuk memberi nasihat dan petunjuk kawasan yang berisiko atau selamat untuk dikunjungi memandangkan kebanyakan pengunjung tidak mengetahui keadaan topografi dan geografi lokasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata langkah itu susulan kejayaan mewujudkan Mocsar yang dianggotai 35 orang yang dilantik secara berelaun sebagai Pegawai Bomba Bantuan (PBB) di Gunung Kinabalu, Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

JBPM kenakan tindakan terhadap 13 anggota, pegawai bankrap
Beberapa faktor yang menjerumuskan anggota dalam isu ini antaranya menjadi penjamin kepada pihak lain yang membuat pinjaman bank.

Ribut Sekinchan: Bomba ambil langkah berwaspada
JBPM memberikan perhatian lebih kepada kawasan paling kerap berlaku fenomena itu, terutamanya di Sekinchan.

Mayat lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai
Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, pada 4.39 petang tadi.

Pemancing maut, rakan cedera dalam insiden bot karam di Sungai Baram
Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera apabila bot angin yang mereka naiki karam ketika dalam perjalanan untuk memancing di Sungai Batang Baram di sini hari ini.

RUU Perkhidmatan Bomba beri akses PBS terima sumber, kepakaran JBPM - Kor Ming
RUU Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini akan membolehkan Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) menerima akses kepada sumber dan kepakaran JBPM.

Tujuh sekeluarga nyaris maut, kereta langgar tiang elektrik
Tujuh sekeluarga nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan dan melanggar tiang elektrik dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

JBPM siap siaga hadapi musim kemarau dijangka bermula Mac
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini memberi tumpuan berhadapan peralihan cuaca daripada Monsun Timur Laut (MTL) kepada musim kemarau, yang dijangka bermula pada pertengahan Mac depan.

Pindaan Akta Perkhidmatan Bomba dibentang di Parlimen pada Mac
Rang-Undang-Undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 di dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada minggu akhir Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15.