KUALA LUMPUR: Rerformasi institusi yang dijanjikan perlu melibatkan pembentukan jawatankuasa tetap dianggotai ahli Parlimen yang dapat memantau prestasi setiap kementerian.
Kata pakar Parlimen, Maha Balakrishnan, jawatankuasa itu harus diberi kuasa secukupnya untuk menjalankan tugas mereka dalam memastikan kerajaan beroperasi dengan telus, bersih dan cekap.
Tegasnya, fungsi Parlimen dalam sesebuah demokrasi harus diperhalusi supaya ia memberi keupayaan yang diperlukan kepada ahlinya untuk menjalankan tugas dan peranan sepenuhnya.
KABINET PERPADUAN NASIONAL 2023
“Masalah dengan perjanjian persefahaman (MoU) sebelum ini ialah ia tidak termasuk pindaan yang diperlukan kepada undang-undang dan peraturan, tidak meninggalkan manfaat (yang kekal) kepada Parlimen.
“Jadi kita kena memastikan bahawa sebuah sistem jawatankuasa tetap didirikan dan harus diberi kuasa yang secukupnya supaya kita tidak akan lihat perkara yang berlaku kepada (Tan Sri) Azam Baki berlaku lagi,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Khamis.
Tambah Maha, perlu juga satu bentuk jawatankuasa tetap yang berperanan sebagai perunding kepada sebarang Rang Undang-Undang (RUU) terutamanya yang substantif.
Ketika ini menurut beliau tiada peraturan dalam proses penggubalan undang-undang yang menetapkan masa yang cukup untuk sesuatu RUU itu diperbahaskan sebaiknya sebelum diluluskan.
“Bagi saya kita harus menyatakan satu tempoh masa tetap untuk setiap peringkat penggubalan RUU, dan juga harus memulakan satu amalan baharu di mana setiap RUU substantif dirujuk kepada sebuah jawatankuasa.
“Ini akan membolehkan perundingan awam dijalankan.”
Israr Khalid
Fri Dec 02 2022
![Jawatankuasa tetap Parlimen pantau kementerian perlu ditubuhkan - Pakar Jawatankuasa tetap Parlimen pantau kementerian perlu ditubuhkan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61669934026_TBParlimen.jpg)
Fungsi Parlimen perlu diperhalusi supaya memberi keupayaan yang diperlukan kepada ahlinya untuk menjalankan tugas dan peranan sepenuhnya. - Foto fail/BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Jawatankuasa Terpilih nadi sebenar Parlimen, perlu diperkasa - Rahezzal Shah Jawatankuasa Terpilih nadi sebenar Parlimen, perlu diperkasa - Rahezzal Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630607976_PenganalisisPolitik.jpg)
Jawatankuasa Terpilih nadi sebenar Parlimen, perlu diperkasa - Rahezzal Shah
Rahezzal Shah berkata, badan itu adalah sebenarnya jentera yang menggerakkan Parlimen supaya institusi itu terus berfungsi.