Sebuah jawatankuasa tertinggi antara Malaysia dan China akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan aspek pertahanan kedua-dua negara, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Katanya jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan.
Beliau berkata jawatankuasa itu bertujuan menginstitusikan hubungan dua hala antara Malaysia dan China selain dapat memikirkan segala aspek yang boleh membina atau mengeruhkan hubungan sedia ada.
"Ia (jawatankuasa tertinggi) juga akan ada kumpulan kerja tertentu, antaranya pendidikan dan latihan, pertukaran maklumat dan isu semasa seperti ancaman Daish selain berkaitan aset yang digunakan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China Xu Qiliang di Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.
Menurutnya antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah isu Laut China Selatan, ancaman Daish dan isu Korea Utara.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan isu Korea Utara yang dibincangkan ketika ditanya media.
Dalam perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihaknya belum membuat keputusan sama ada untuk membeli Rafale, pesawat tempur pelbagai peranan (MRCA), buatan Perancis.
"Kita masih membincangkan dan mempertimbangkan... ada cadangan-cadangan lain dan kita kena tengok secara menyeluruh, antaranya sama ada ia membantu membina industri pertahanan negara kita," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 29 2017

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan) bersalaman dengan Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, Republik China Jeneral Xu Qiliang (tiga, kanan) hari ini. - Foto Bernama

Anggota JPJ diminta kukuhkan semangat berpasukan, berintegriti jalankan tanggungjawab
Ketua Pengarah JPJ berkata, ia penting sebagai persediaan dalam menghadapi cabaran lebih besar pada tahun ini.

Petani UK rancang protes baharu di London bantah cukai warisan
Protes kali ini akan diadakan kebanyakannya dengan berjalan kaki, selepas pihak polis mengehadkan jumlah traktor yang dibenarkan masuk berikutan gangguan lalu lintas.

Perubahan iklim tingkatkan risiko kebakaran bandar - Kajian
Ketika suhu global terus meningkat akibat perubahan iklim, bandar-bandar dijangka berdepan risiko kebakaran yang semakin meningkat.
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)

Jawatankuasa tertinggi Malaysia-China kukuhkan aspek pertahanan - Hishammuddin
Sebuah jawatankuasa tertinggi antara Malaysia dan China akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan aspek pertahanan kedua-dua negara.