PASIR MAS:Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
Pengerusi bersama jawatankuasa itu Datuk Takiyuddin Hassan berkata hari ini mereka meninjau sempadan Malaysia-Thailand di sini bagi melihat keperluan serta langkah yang perlu dilaksanakan dalam mengekang penularan COVID-19 dari luar negara.
Hasil lawatan hari ini akan dibentangkan pada pertemuan dengan pimpinan kerajaan negeri esok, katanya kepada pemberita selepas tinjauan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dekat Rantau Panjang di sini.
Terdahulu, Takiyuddin yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) mengadakan lawatan ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor, di Tumpat.
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat ditubuhkan bagi memastikan pengurusan darurat di seluruh negara berjalan lancar dan ia dipengerusikan secara bersama oleh Takiyuddin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan ahli tetap iaitu Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Ketua Kluster.
Penubuhan jawatankuasa itu merupakan susulan perisytiharan darurat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bermula 12 Jan lalu hingga Ogos tahun ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 30 2021
![Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51612005004_meninjausempadan.jpg)
Takiyuddin (tengah, atas) meninjau sempadan Malaysia-Thailand dengan menaiki bot di Sungai Golok di Jeti Pengkalan Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Kelantan hari ini. - Foto BERNAMA
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
![Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51612005004_meninjausempadan.jpg)
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat mulakan lawatan ke negeri
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat yang ditubuhkan pada 16 Jan lepas memulakan lawatan ke negeri-negeri hari ini dengan Kelantan menjadi lokasi pertama.
![Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599919068_TBZUKI.jpg)
Darurat: Jawatankuasa setuju mobilisasi perkhidmatan awam persekutuan, negeri - KSN
Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat bersetuju untuk memobilisasi sumber perkhidmatan awam persekutuan dan negeri bagi memantau isu-isu berkaitan pelaksanaan dan pengurusan darurat.
![Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19 Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599919068_TBZUKI.jpg)
Darurat: Boleh pinjam bangunan untuk dijadikan depoh sementara bagi kekang COVID-19
Kesesakan di dalam penjara hingga boleh mengakibatkan penularan dan peningkatan kes COVID-19 dijangka dapat dikekang dengan adanya ordinan khas di bawah Proklamasi Darurat.
![Kesihatan, ekonomi antara 6 kluster utama pastikan pengurusan darurat berjalan lancar Kesihatan, ekonomi antara 6 kluster utama pastikan pengurusan darurat berjalan lancar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61599919068_TBZUKI.jpg)
Kesihatan, ekonomi antara 6 kluster utama pastikan pengurusan darurat berjalan lancar
Kluster Kesihatan dan Kluster Ekonomi antara enam kluster utama yang diberi fokus oleh kerajaan susulan penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Darurat semalam.