Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi hari ini memomhon maaf atas kesilapan teknikal kertas undi yang berlaku semalam ketika proses pengundian jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Berikutan kejadian tersebut, beliau dan seluruh jawatankuasa pemilihan mengakui kesilapan mereka serta berhasrat untuk meletakkan jawatan.
"Hakikatnya saya dan seluruh jawatankuasa saya sebaik dapat kesan kesilapan, kami sebulat suara ingin letak jawatan kerana kami gagal melaksnakan tugas dengan berkesan," katanya dalam satu pengumuman khas pada Muktamar PAS ke-59, pada Sabtu.
Selain itu, Asmuni turut memberitahu bahawa beliau berasa amat kesal dan dukacita atas apa yang berlaku.
Menurut beliau, sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut semalam, pihaknya telah mengambil langkah memberhentikan proses pemilihan bagi mengelakkan sebarang keraguan.
"Kami telah ambil segala langkah yang perlu... dan akhirnya dengan rasa rendah diri saya dan seluruh pasukan memohon maaf atas kesilapan yang berlaku," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam respon beliau menerima permohonan maaf Asmuni serta pasukan Jawatankuasa Pemilihannya.
Bagaimanapun atas keputusan kepimpinan PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, perletakkan jawatan Asmuni tidak diterima.
"Mereka dah jumpa kepimpian dan nyatakan kegagalan mereka serta bersedia untuk meletak jawatan. Presiden rasa itu tak perlu dilakukan kerana kita masih dalam proses melakukan pengundian," katanya dalam satu ucapan respon sejurus selepas pengumuman Asmuni.
Mustafa turut memuji serta mengucapkan tahnuah sikap bertanggungjawab yang ditonjolkan oleh jawatankuasa pemilihan dan terus memberi kepercayaan kepada pasukan itu untuk terus melaksanakan tugas mengendalikan proses pemilihan parti.
Semalam, pemilihan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat terpaksa dibatalkan kerana berlakunya kesilapan teknikal pada kertas undi.
Proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi, namun proses pengundian bagi jawatan Timbalan Presiden dan naib Presiden diteruskan seperti biasa.
Kesilapan tersebut dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula jam 4 petang Jumaat.
Seramai 61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat dalam pemilihan yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam.
Haider Yutim
Sat Nov 23 2013
![Jawatankuasa Pemilihan PAS mohon maaf atas kesilapan pada kertas undi Jawatankuasa Pemilihan PAS mohon maaf atas kesilapan pada kertas undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-11/51385190156_295x200.jpg)
Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Asmuni Awi. --Foto Facebook Asmuni Awi
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
KR sedia tambah baik SOP pembinaan lebuhraya
Alaxender berkata kementerian bersedia untuk mendedahkan laporan kajian insiden jika ia melibatkan kemalangan berskala besar dan meragut nyawa.
![Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721107133_keropokberacunrem.jpg)
Reman suspek kes keropok beracun disambung dua hari
Tempoh reman terhadap seorang pemilik kebun disambung selama dua hari, bagi membantu siasatan kematian dua kanak-kanak yang meninggal dunia akibat makan keropok beracun.
KPM alukan pesara guru ajar Bahasa Inggeris
Jelas Fadhlina Sidek pesara-pesara guru telah banyak membantu usaha KPM dalam meningkatkan PdP bahasa Inggeris termasuk melalui Program Highly Immersive Programme Mentor (HIP Mentor).
![Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721100784_TBmysj.jpg)
Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.
![Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang
Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada Ahad.
Wanita dakwa dituduh Rafizi fail saman
Seorang wanita memfailkan saman terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagi menuntut permohonan maaf secara terbuka berhubung dakwaan bahawa wanita berkenaan ialah isteri kepada bekas menteri yang dikaitkan dengan isu kapal tempur pesisir (LCS).
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
Bagaimanapun, Rafizi bergantung kepada pembelaan justifikasi berkata bersedia membuktikan kenyataan di mahkamah termasuk perlindungan bersyarat dan ulasan yang saksama terhadap saman fitnah yang difailkan oleh Zainab Mohd Salleh.
![Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721011336_PerikatanNasional.jpg)
Ahli Parlimen PN pakai reben putih di lengan tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Jelas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu, pendirian tersebut adalah keputusannya dan ia tidak dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
![PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669008523_DatukAsmuniAwi.jpg)
PRU15: PH Perak sahkan akan bentuk kerajaan negeri dengan BN
PH mempunyai 24 kerusi, sementara BN yang memiliki sembilan kerusi membolehkan kerajaan negeri Perak dibentuk.
![PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667789708_TBAmanah.jpg)
PRU15: Amanah Perak gesa polis, SPR siasat ucapan tular Razman
Kempen-kempen berbaur fitnah wajar dihentikan dan agama Islam turut melarangnya kerana kesan kepada masyarakat cukup besar.
![PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666930473_NikOmarPRU.jpg)
PRU15: Amanah Perak tidak senaraikan Nik Omar
Pengarah Pilihan Raya Amanah Nasional, Datuk Asmuni Awi berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.
![PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634782448_AMANAH.jpg)
PRU15: Mujahid, Dr Hatta kekal, Amanah Perak tampil 57 peratus muka baharu
Asmuni Awi berkata seramai 12 calon baharu diletakkan di DUN manakala tiga calon baharu ditempatkan di Parlimen Larut, Bukit Gantang dan Parit.
![PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/51540909516_AsmuniAwi.jpg)
PRU15: Amanah Perak tidak ada masalah jika DAP berhasrat bertanding di Parit - Asmuni Awi
Semua pihak boleh menyatakan hasrat, tetapi keputusan itu (pembahagian kerusi) masih di peringkat perbincangan, kata Asmuni.
![Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/51540909516_AsmuniAwi.jpg)
Asmuni sahkan dipanggil SPRM berhubung isu tanah lapangan terbang
Asmuni memaklumkan kehadirannya ke Pejabat SPRM Perak di sini pada 15 April lalu bertujuan bagi membantu siasatan kes berkenaan.
![PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634780920_AsmuniAwi.jpg)
PRU15: Umum calon secara terbuka bukan amalan parti - Asmuni
Keputusan untuk memilih calon bertanding dalam PRU15 akan ditentukan oleh pucuk pimpinan parti, bukannya individu.
![PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634782448_AMANAH.jpg)
PRN Melaka: Amanah dijangka tanding 8 hingga 10 kerusi
Bagaimanapun, perkara itu akan diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH).
![PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc' PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607184103_TBASMUNIAWIx.jpg)
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
![PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-07/41468234779_NgaKorMing.jpg)
PH sedia bentuk kerjasama dengan UMNO di Perak
Demi kepentingan rakyat, mereka sedia bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.