KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti telah mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-undang itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata kata sepakat dicapai pada mesyuarat semalam yang turut mendapatkan pandangan bertulis daripada badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat madani (CSO), parti-parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan Rang Undang-undang itu.
"Mesyuarat ini seterusnya akan meneliti pandangan bertulis berkenaan sebelum Rang Undang-undang ini dapat dimuktamadkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya segala prosiding dalam Jawatankuasa Pilihan Khas akan direkodkan dalam satu penyata selaras dengan ketetapan Peraturan Mesyuarat 80(1), sebelum dibentangkan kepada ahlinya untuk mendapat persetujuan, seterusnya dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan bulan depan.
Beliau berkata Rang Undang-undang itu akan dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan ditetapkan nanti.
Menurut Wan Junaidi pihak jawatankuasa akan bermesyuarat semula pada 19 Mei ini untuk meneliti draf Rang Undang-undang yang disediakan oleh Jabatan Peguam Negara berpandukan maklum balas yang diterima melalui semua keputusan dasar dan perincian tafsiran yang dibuat mesyuarat semalam.
"Selain itu, draf Rang Undang-undang ini juga akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik untuk dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pemandu tersebut," katanya.
Beliau berkata mengikut usul yang dibentangkan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediakan penyata.
Bagaimanapun beliau berkata jawatankuasa itu boleh melanjutkan tempoh pembentangan penyata kepada Parlimen mengikut usul yang sama bagi memperhalusi draf Rang Undang-undang berkenaan dan Penyata Parlimen.
Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneruskan tugas mengikut mandat yang diluluskan oleh Parlimen dan diharapkan Rang Undang-undang berkenaan dapat dibentang pada sidang khas Parlimen di bawah Peraturan 11(3) atas budi bicara perdana menteri dan pertimbangan Jemaah Menteri.
"Sehingga kini prestasi jawatankuasa ini adalah sangat menggalakkan dengan sokongan semua ahli termasuk kerjasama daripada Parlimen, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
![Jawatankuasa khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti - Wan Junaidi Jawatankuasa khas setuju hampir semua dasar mengenai larangan tukar parti - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650468430_MenteridiJabatanP.jpg)
Wan Junaidi berkata mengikut usul yang dibentangkan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediakan penyata. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721373666_TBFahmi.jpg)
Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani buli siber- Fahmi
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718026580_SaaraniMohamad.jpg)
Perak tubuh jawatankuasa tangani penurunan paras air Empangan Kolam Bukit Merah
Jawatankuasa khas itu akan dianggotai oleh wakil Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
![Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690624485_MuhammadFauziYusof.jpg)
Pulau Pinang dicadang wujud Jawatankuasa Khas bincang hal ehwal agama Islam
Muhammad Fauzi berkata, ia penting kerana menyedari sensitiviti yang berkaitan dalam menangani isu-isu berkaitan hal ehwal Islam dan Melayu.
![Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711804792_tbAnwarIbrahim.jpg)
Jawatankuasa khas isu pendidikan, kesihatan di Sarawak ditubuh
Perkara itu dipersetujui pada Taklimat Pembangunan Sarawak yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
![JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708988337_NorHishamMohammad.jpg)
JBPM tubuh jawatankuasa siasat punca insiden anggota PPDA lemas
Nor Hisham berkata jawatankuasa itu diberikan tempoh dua minggu untuk berbuat demikian.
![Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41706609432_TBFAHMIFADZILjp.jpg)
Memorandum Jemaah Menteri berkenaan rangkaian kedua 5G disedia dalam masa terdekat - Fahmi
Ia untuk membincangkan serta memutuskan sama ada tiba masanya untuk membenarkan kewujudan rangkaian kedua.
![Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61700645870_TBDatukArmizanMoh.jpg)
Jawatankuasa khas fokus seragam harga barang di Sabah, Sarawak, Labuan
KPDN akan menjadi urus setia bagi jawatankuasa khas itu yang turut melibatkan kementerian lain serta wakil daripada kerajaan Sarawak, Sabah dan Perbadanan Labuan.
![Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701789141_TBMohdNaimMokhtar.jpg)
Jawatankuasa khas kaji kompetensi DUN gubal undang-undang Islam ditubuhkan
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-undang Islam (Jawatankuasa Khas) yang tur
![Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71690377692_gaveltukulmahkam.jpg)
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu segera ditubuhkan - PPMM
Jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja perlu segera ditubuhkan dengan mengambil kira keadaan semasa melibatkan pelbagai cabaran undang-undang.
![Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah langkah tepat, perlu disegerakan - Pakar Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah langkah tepat, perlu disegerakan - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81655306226_TBMahkamahSyariah.jpg)
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah langkah tepat, perlu disegerakan - Pakar
Isu perundangan syariah sering kali berdepan cabaran berat khususnya apabila melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan Mahkamah Sivil.