KUALA LUMPUR: Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azmi Sharom berpandangan perlu wujud kaedah yang lebih telus dalam pemilihan jawatan pengerusi suruhanjaya itu, yang masih kosong susulan persaraan Tan Sri Abdul Ghani Salleh pada 9 Mei lalu.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi SPR berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan.
"Dari apa yang kita lihat sekarang, sistem ini agak tertutup. Saya hanya mencadangkan, dan ramai orang juga membuat cadangan yang sama (pemilihan yang lebih telus).
"Harus ada kaedah yang sedikit lebih telus dalam pemilihan (pengerusi) suruhanjaya kita, dan bukan hanya SPR. Terdapat cadangan bahawa kita (melakukannya) melalui Parlimen, (atau) Jawatankuasa Pilihan Khas. Untuk perkara ini dilaksanakan dengan serius, kita memerlukan kerajaan yang serius dalam melihat perubahan ini berlaku.
"Harap maklum bahawa ini adalah cadangan yang sedang dibuat, ia bukan sesuatu yang akan berlaku, dan ia bukan sesuatu yang kami di SPR mempunyai kuasa untuk mengubah, (tetapi) ia sesuatu yang mesti dilakukan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Beliau ditemui selepas menjadi panel dalam forum “Reformasi Institusi dan Perlembagaan Persekutuan untuk Malaysia yang Lebih Baik”, yang dianjurkan oleh Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) di ibu negara, pada Sabtu.
Dalam program sama, G25 turut melancarkan buku terbaharu mereka bertajuk "G25 Statements (2014-2023)", dan dirasmikan oleh Tunku Datuk Seri Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.
Buku berkenaan disusun dalam sepuluh tema yang antaranya merangkumi undang-undang dan Perlembagaan, ekonomi, hak asasi manusia, tadbir urus yang baik serta kesihatan.
Media sebelum ini melaporkan, Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi (JKPK) bersetuju bahawa proses pelantikan pengerusi baharu SPR perlu dijalankan secara terbuka dan konsultatif dengan Parlimen.
Pengerusinya yang juga Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen berkata, JKPK bersedia untuk bersidang bagi menyemak dan menapis calon-calon yang akan dipertimbangkan bagi jawatan itu.
Mengulas lanjut, Azmi berkata SPR tetap menjalankan peranan seperti biasa termasuk mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang, walaupun jawatan pengerusi belum diisi.
Jelas beliau, ahli suruhanjaya dan sekretariat SPR sangat berpengalaman dalam menjalankan tugas mereka.
"Sama ada kita mempunyai pengerusi rasmi (SPR) atau hanya pemangku, pilihan raya kecil akan diteruskan tanpa sebarang isu. (Adakah perniagaan seperti biasa?) Sudah tentu.
"Ia adalah dalam kepakaran kami (tanpa) memerlukan pengerusi tetap untuk menguruskannya (kerana) pemangku pun sudah memadai," katanya.
Abdul Ghani bersara wajib pada 9 Mei lalu selepas mengetuai badan itu selama empat tahun sejak Ogos 2020.
Mengikut Perkara 114 Perlembangaan Persekutuan, SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan terdiri daripada seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima orang anggota lain.
Hasimi Muhamad
Sat May 25 2024

Azmi yang juga Timbalan Pengerusi SPR berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan. - Foto/fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jawatan Pengerusi SPR: Perlu ada kaedah pelantikan lebih telus - Azmi Sharom
Timbalan Pengerusi SPR itu berkata, untuk memastikan perubahan tersebut berlaku, ia memerlukan komitmen serius daripada kerajaan yang benar-benar mahu melihat reformasi berkenaan.