KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau belum membuat laporan polis terhadap ancaman yang diterima daripada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa bertahun-tahun bersembunyi sejak 2018.
Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkenaan mengapa beliau tidak membuat sebarang laporan polis selepas menerima ancaman daripada Jho Low ketika berada di Thailand.
"Seperti, saya katakan sebelum ini, saya berada dalam ancaman dan sebarang pergerakan saya dipantau rapi.
"Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana," katanya.
Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada saksi pendakwaan ke-50 itu sama ada beliau membuat laporan polis selepas pulang ke Malaysia.
Loo berkata: "Belum lagi, saya akan mendapatkan nasihat peguam saya."
Terdahulu, Loo mengakui Jho Low merupakan kawan baiknya dan beliau menerima hadiah mahal daripada ahli perniagaan itu termasuk sebuah beg tangan Hermes dan seutas jam tangan Richard Mille yang telah diserahkan kepada kerajaan.
Muhammad Shafee kemudian berkata saksi berkenaan selalu menyertai Jho Low dalam banyak aktiviti yang menyeronokkan seperti bercuti di Las Vegas, Amerika Syarikat, berjudi, menyaksikan perlawanan suku akhir Piala Dunia 2014 di Rio de Janeiro, Brazil dan berpesta dengan selebriti termasuk Adriana Lima dan Leonardo Di Caprio, semuanya yang ditaja sepenuhnya ahli perniagaan itu.
Loo bersetuju dengan cadangan itu dan berkata itu semua merupakan perkara biasa dilakukan antara kawan rapat.
"Dia (Jho Low) adalah seorang yang bersuara amat lembut jadi dia tidak menggunakan bahasa kasar sehingga 2015, 2016, bila dia kelihatan sedikit menjengkelkan," katanya.
Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi bahawa Jho Low menjadi seorang yang menjengkelkan pada 2015 selepas skandal 1MDB didedahkan kepada umum dan Loo setuju dengan cadangan beliau.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Sequerah bersambung 14 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

"Saya tidak mahu membahayakan diri saya dengan melakukan sebarang gerakan bertentangan dengan arahan Jho Low, itulah sebab saya tidak ke mana-mana."

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jho Low anggap Riza Aziz sebagai kawan baik - Jasmine Loo
Bekas peguam 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Jasmine Loo Ai Swan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low menganggap a

Najib tarik rayuan injunksi Mareva AS$681 juta terhadap 1MDB
Datuk Seri Najib Razak menarik balik rayuan untuk membatalkan injunksi Mareva yang diperoleh 1MDB dan 4 anak syarikatnya bagi menghalang beliau daripada memindah atau melupus aset sehingga AS$681 juta

'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.

Pengurusan 1MDB sepatutnya lakukan usaha wajar mengenai PSI - Saksi
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa pengurusan 1MDB sepatutnya telah melakukan usaha wajar mengenai kewujudan PSI sebelum dana 1MDB disalurkan kepada PSI untuk tujuan usaha sama.

Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.

Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.

Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.

Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo maklum tidak masuk rumah Najib
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak pernah memasuki kediaman Najib ketika menghantar sebarang dokumen berkaitan syarikat pelaburan strategik negara itu.

Kes 1MDB: Jasmine Loo disepina beri keterangan mulai 13 Feb
Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, sepina itu akan dikeluarkan mulai 13 Feb nanti.

Perbicaraan kes dana 1MDB: Pendakwaan berhasrat panggil Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan akan dipanggil memberi keterangan dalam kes membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).