KUALA LUMPUR: Pengebumian warga Malaysia, Nagaenthran K. Dharmalingam dijangka akan dijalankan di Ipoh, Perak pada Jumaat.
Memetik laporan portal The Star, kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan di Ipoh, Perak sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.
Portal itu turut melaporkan jenazah dijangka tiba di Ipoh pada 11 malam ini (Rabu).
Terdahulu, peguam mendiang, N.Surendran mengesahkan ahli keluarga Nagaenthran kini berada di Singapura untuk persiapan terakhir membawa jasad mendiang pulang ke Ipoh.
The Star turut dipetik sebagai melaporkan ibu Nagaenthran enggan ditemu ramah oleh media ketika ini.
BACA: Ikhtiar terakhir selamatkan Nagaenthran daripada hukuman mati gagal
Nagaenthran yang didapati bersalah mengedar dadah di Singapura telah dihukum gantung awal pagi Rabu
BACA: Hukuman gantung: Richard Branson, Stephen Fry mohon Singapura beri Nagaenthran pengampunan
Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 Nov 2010.
Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat oleh peguam keluarga Nagaenthran sehingga ke peringkat akhir, iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden.
Bagaimanapun, permohonan itu telah ditolak pada 1 Jun 2020.
Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.
Astro Awani
Wed Apr 27 2022

Nagaenthran, dijatuhi hukuman mati 11 tahun lepas dan dijadualkan menjalani hukuman itu pada 10 Nov 2021, bagaimanapun mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 Nov selepas mahkamah dimaklumkan dia didapati positif COVID-19. - Gambar fail
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran.

Jasad Nagaenthran dijangka tiba di Ipoh malam ini, dikebumi Jumaat - Laporan
Kediaman keluarga Nagaenthran di Tanjung Rambutan sudah dipenuhi dengan kaum keluarga terdekat yang sedang membantu keluarga membuat persiapan terakhir buat mendiang.

Mahkamah Singapura tolak rayuan hukuman mati rakyat Malaysia
Mahkamah menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Singapura: Nagaenthran sudah menerima proses perundangan sewajarnya
Nagaenthran yang sedang menunggu hukuman mati atas sabitan kesalahan dadah di Singapura telah menerima proses perundangan sewajarnya.