Dua projek pertanian diberikan notis arahan sementara satu projek menerima tindakan kompaun dalam 14 penguatkuasaan sehingga Jun lepas.
Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (MEWA), Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, ia merupakan pemantauan secara berkala di peringkat pelaksanaan projek bagi aktiviti-aktiviti pertanian atau peladangan.
Jelasnya, pemantauan itu tertakluk di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
“Pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air meningkatkan pemantauan aktiviti-aktiviti pertanian atau peladangan yang mempunyai kelulusan EIA melalui kaedah pemeriksaan di tapak bagi melihat keberkesanan pelaksanaan projek untuk pematuhan syarat-syarat EIA.
“Mewajibkan penyediaan orang yang berwibawa yang bertanggungjawab dalam pengurusan alam sekitar di tapak projek dan pelaporan pengawasan kualliti udara dan kualiti air secara berkala.
“Selain itu, pelaksanaan audit pihak ketiga bagi melaksanakan audit alam sekitar di bawah Seksyen 33A,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bertanyakan Kementerian Alam Sekitar dan Air mengenai usaha kementerian dalam meningkatkan pemantauan aktiviti perladangan bagi memastikan alam sekitar dapat terpelihara.
Jelasnya, pada tahun 2019 sebanyak 31 penguatkuasaan telah dilaksanakan di projek pertanian yang telah mendapat kelulusan Prosedur Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), sebanyak lapan projek telah diberikan notis arahan dan dua projek dikenakan tindakan mahkamah.
Sementara itu katanya, bagi kes pembakaran terbuka, pada tahun 2019 sebanyak 178 kes pembakaran terbuka di ladang kelapa sawit telah dilaporkan di seluruh negara dan diambil tindakan di bawah Seksyen 29A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
Manakala bagi ladang getah sebanyak 26 kes telah diambil tindakan.
Pada tahun 2020 sehingga 2 Julai pula kata Ahmad Masrizal, sebanyak 74 kes pembakaran terbuka di ladang sawit dan 19 kes pembakaran terbuka di ladang getah di seluruh negara telah diambil tindakan di bawah akta yang sama.
Wan Syamsul Amly
Wed Jul 29 2020

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air (MEWA), Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, ia merupakan pemantauan secara berkala di peringkat pelaksanaan projek bagi aktiviti-aktiviti pertanian atau peladangan. - Gambar fail

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Meremajakan UiTM seiring perkembangan semasa
ini kerana UiTM bukan hanya berfungsi sebagai institusi pengajian, malah ianya adalah merupakan lambang kepada perjuangan bumiputera.

JAS buat 14 penguatkuasaan sehingga Jun - Dr Ahmad Masrizal
Ia merupakan pemantauan secara berkala di peringkat pelaksanaan projek bagi aktiviti-aktiviti pertanian atau peladangan.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan ajak rakyat bersama bina negara
Rakyat Malaysia harus realisitik dan tidak mudah terpengaruh dengan badai politik yang berpunca daripada sentimen semata-mata.