PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) belum menerima Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) daripada kerajaan Selangor berhubung cadangan pembangunan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Sungai Panjang di Sabak Bernam.
Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata mengikut Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127), laporan EIA diperlukan bagi membolehkan penilaian impak pembangunan terhadap alam sekitar dijalankan.
Bercakap pada sidang media selepas menyampaikan Amanat Sasaran Utama 100 Hari Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini hari ini, beliau berkata penilaian impak itu membolehkan JAS mencadangkan langkah yang perlu diambil untuk mencegah, mengurang atau mengawal kesan negatif terhadap alam sekitar.
"Sebarang keputusan sama ada kerja-kerja pembangunan di kawasan HSK Sungai Panjang, Sabak Bernam wajar diteruskan atau tidak adalah tertakluk kepada keputusan penilaian EIA," katanya sambil menambah laporan EIA itu hendaklah disediakan oleh orang yang berkelayakan dan menepati garis panduan JAS.
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dilaporkan media semalam menafikan dakwaan pihaknya telah menceroboh dan membuka sebahagian kawasan HSK Sungai Panjang yang dikatakan hutan gantian berikutan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).
Laporan itu menyebut PKPS sedang menyiapkan laporan EIA dan telah mematuhi semua saranan serta arahan JAS Selangor sebelum memulakan kerja pembangunan di tapak Selangor Smart Agro Park sepertimana yang telah diarahkan JAS menerusi surat kelulusan bertarikh 31 Mei.
Tuan Ibrahim dalam pada itu berkata KASA sentiasa terbuka dengan kerajaan Selangor dalam menawarkan khidmat konsultasi dan sesi libat urus bagi mencari jalan terbaik terhadap cadangan pembangunan tersebut.
"Keutamaan KASA adalah memastikan setiap projek pembangunan dilaksanakan secara lestari tanpa memberi impak yang negatif kepada alam sekitar," katanya.
Mengenai penyahwartaan HSKLU, Tuan Ibrahim berkata pihaknya senada dengan pendirian Kementerian Tenaga dan Sumber Asli yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
Beliau menyifatkan cadangan seumpama itu akan menjejaskan sasaran pengurangan karbon intensiti berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 di bawah Nationally Determined Contribution (NDC) yang dikemukakan kepada Kerangka Kerja Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) bagi tahun ini.
30 Ogos lepas, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian pada sidang Dewan Undangan Negeri dilaporkan berkata kira-kira 536.7 hektar daripada keseluruhan kawasan HSKLU diluluskan untuk dinyah warta mengikut Seksyen 12 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 07 2021
Tuan Ibrahim berkata, laporan EIA diperlukan bagi membolehkan penilaian impak pembangunan terhadap alam sekitar dijalankan. - Gambar/ BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
JAS Pulau Pinang keluar kompaun RM374,000, kesalahan babit kenderaan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 187 kompaun melibatkan pelbagai kesalahan bernilai RM374,000 dalam operasi di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga semalam di seluruh negeri berkenaan.
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.
JAS Kedah siasat pembuangan sisa disyaki sarung tangan lateks di Kulim
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menyiasat kes pembuangan sisa dipercayai sarung tangan lateks di sebuah tapak pembinaan kilang di Kulim.
Pemandu gagal selenggara kenderaan keluarkan asap hitam dikompaun
Ops bersepadu ini akan terus dijalankan oleh JAS di seluruh daerah bagi memastikan kualiti udara di negeri ini terpelihara.
Kilang kitar semula proses plastik terpakai jadi pelet makanan ikan kena serbu
JAS Kedah berjaya membongkar operasi sebuah kilang kitar semula yang disyaki memproses plastik terpakai menjadi pelet makanan ikan dalam serbuan di sebuah premis di daerah Kuala Muda pada Rabu.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Langkawi catat kutipan e-sisa tertinggi di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah mengutip sebanyak 24 tan buangan barangan elektrik dan elektronik (e-sisa) di seluruh negeri sepanjang tahun ini, kata pengarahnya Sharifah Zakiah Syed Sahab.
JAS serbu dua kilang haram disyaki punca pencemaran bau di Sungai Petani
Kilang yang menjadi tempat penstoran buangan itu menyimpan bahan sisa plastik dan buangan terjadual SW 404 iaitu sisa klinikal.
JAS perlu tambahan 3,000 penguat kuasa untuk tingkat pemantauan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) memerlukan tambahan 3,000 anggota penguat kuasa berbanding 1,100 penguat kuasa sedia ada.