GEORGE TOWN: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memberi pendedahan tentang proses pengundian sebenar pilihan raya umum ke semua sekolah di seluruh negara, ekoran pendaftaran pemilih secara automatik bagi pengundi yang berusia 18 tahun.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata ketika ini, pendedahan melalui simulasi berkenaan disertai pelajar sekolah daripada Kelab Malaysiaku di bawah kelolaan JaPen.
"Program itu sekarang dijalankan hanya melibatkan sekolah yang mempunyai Kelab Malaysiaku seperti di Pulau Pinang sebanyak 39 sekolah ada Kelab Malaysiaku, manakala di seluruh negara pula terdapat 809 sekolah (menubuhkan Kelab Malaysiaku).
"Kita ada modul berhubung program itu dan merancang untuk perluas ke semua sekolah di seluruh negara dengan kerjasama JPN dan SPR bagi memberi pendedahan kepada para pelajar terutama mereka yang akan berusia 18 tahun ke atas kerana layak daftar pemilih secara automatik.
"Mereka yang akan mengundi nanti dapat memahami dan melihat secara fizikal sistem pengundian dilaksanakan dalam pilihan raya di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Semarak Gemilang@Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan St Xavier di sini semalam.
Menerusi program itu, pelajar diberi peluang untuk melakukan simulasi proses pengundian seperti berbaris mengikut saluran, pengesahan identiti, cara melipat kertas undian dan lain-lain.
Pada majlis itu, Teo turut menyampaikan Pakej Rahmah@Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih kepada pelajar terpilih di sekolah berkenaan.
Sementara itu, Teo berkata setakat 31 Julai lepas, sebanyak 166,458 Pakej Rahmah@Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih yang dilancarkan pada 28 Feb lepas telah didaftarkan di seluruh negara.
Katanya, pakej itu ditawarkan pada harga RM30 dengan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh enam bulan dan kelajuan 3 megabait sesaat (Mbps) serta sambutan yang diterima amat menggalakkan.
"Menerusi pakej itu, golongan belia, B40, warga emas dan Orang Kurang Upaya mendapat manfaat perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi pada harga yang lebih murah, ia merupakan inisiatif Kerajaan Perpaduan dalam membantu masyarakat mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kesalinghubungan digital yang menyeluruh kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata menerusi pakej itu juga, pengguna menikmati penjimatan harga sebanyak 50 peratus berbanding pakej sedia ada.
"Langkah penurunan harga itu jelas membuktikan kerajaan memberi perhatian serius terhadap keperluan rakyat untuk menikmati perkhidmatan telekomunikasi pada harga yang lebih murah dan mampu milik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 22 2023

Teo mengibar Jalur Gemilang bersama para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Xavier pada program Semarak Gemilang@Kelab Malaysiaku di sekolah berkenaan di George Town, 22 Ogos 2023. --fotoBERNAMA

JKR pantau 29 projek sakit, tiga faktor dikenal pasti
Sebanyak 29 daripada 801 projek fizikal yang sedang dalam pembinaan dan di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) dikategorikan sebagai projek sakit, setakat bulan lepas.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

KPN cadang Modul Pendidikan Rukun Negara diperluas ke semua tadika
Modul itu antara tiga modul khusus yang dibangunkan dan diajar di Tabika Perpaduan ketika ini.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Aaron-Wooi Yik perkemas corak permainan agresif
Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mahu kembali memperkemas corak permainan agresif yang pernah menjadi 'senjata' kemenangan mereka dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

Impian berkecai, wang lesap: Jurukimpal Malaysia ditipu sindiket pekerjaan di Kemboja
Warga Malaysia berusia 24 tahun dari Kuala Lumpur itu sebaliknya terperdaya untuk bekerja di Siem Reap.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Menteri UK letak jawatan kerana peruntukan bantuan dikurangkan
Menteri Pembangunan Antarabangsa Britain meletak jawatan berikutan pengumuman kerajaan untuk memotong peruntukan bantuan bagi membiayai peningkatan perbelanjaan bidang pertahanan.

PRK Ayer Kuning: Zahid sahkan notis telah dihantar ke SPR
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan surat notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Rakyat Malaysia di luar negara perlu punyai hak yang sama untuk mengundi - PM Anwar
SPR perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi, kata Perdana Menteri.

Daftar Pemilih Tambahan November 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan November Tahun 2024 (DPT BLN11/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 18 Jan 2025.

Daftar Pemilih Tambahan Oktober 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Oktober Tahun 2024 (DPT BLN10/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 20 Dis.

Pengerusi SPR, Timbalan Speaker sertai pemerhati antarabangsa pada pilihan raya Uzbekistan
Lebih 500 pemerhati antarabangsa dan 150 wakil media dari 50 negara akan menyertai sebagai pemerhati semasa pilihan raya Uzbekistan pada Ahad ini.

Pemimpin UMNO perlu berhenti serang PKR, hormati aspirasi Kerajaan Perpaduan - AMK
Pemimpin AMK menganggap tindakan segelintir pemimpin UMNO itu seolah-olah mahu menghancurkan kemurnian Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang - SPR
Sebanyak 38.53 peratus daripada 61,274 pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota selesai mengundi setakat 2 petang ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PRK Mahkota: 29.08 peratus mengundi setakat 12 tengah hari - SPR
Proses pengundian di 20 pusat mengundi dengan 109 saluran akan berlangsung sehingga 6 petang ini, selepas dibuka pada 8 pagi tadi.

PRK Mahkota: Calon BN selesai mengundi, seru semua pengundi keluar tunai tanggungjawab
Syed Hussien tiba di pusat mengundi SMK Seri Perdana di Kluang pada 8.54 pagi dan selesai mengundi kira-kira 15 minit kemudian.