Transformasi Kementerian Wilayah Persekutuan menjanjikan perkhidmatan pada tahap prestasi tertinggi untuk memenuhi keperluan masyarakat dalam setiap aspek kehidupan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia dilihat tugas besar yang memerlukan kerjasama warga kementerian untuk dilihat tangkas, gah, hebat selain memudahkan rakyat.
"Tugas yang kita galas amatlah besar dan berat kerana selain bekerja keras menjalankan fungsi sebuah kementerian, kita juga mempunyai fungsi sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkhidmat terus kepada rakyat.
"Fungsi istimewa ini yang dilaksanakan secara bersama antara Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya adalah untuk mentadbir sebuah wilayah yang dipanggil Wilayah Persekutuan," katanya semasa berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan timbalannya Datuk Dr Loga Bala Mohan.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz, Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Mohd Nadzri Osman.
Seramai 932 penjawat awam di Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi di bawahnya menerima APC masing-masing.
Dalam pada itu kata Tengku Adnan, kementeriannya akan meneruskan program-program berkaitan yang berbentuk 'sentuhan terus' kepada masyarakat.
"Umpamanya Operasi Banteras Aktiviti Haram. Operasi secara bersepadu yang bertujuan membanteras aktiviti-aktiviti haram ini telah mendapat reaksi positif oleh rakyat.
"Begitu juga Perumahan Rakyat RUMAWIP dan PPA1M yang disasar sebanyak 80,000 unit pembinaan. Sehingga kini kita telah mencapai 49 peratus dari jumlah itu dan akan terus membina rumah mampu milik untuk rakyat.
"Satu kebanggaan juga apabila dua pusat gelandangan dibina dan beroperasi di Kuala Lumpur. Ia memberi kemudahan selain daya saing kepada golongan gelandangan agar tidak ketinggalan dalam masyarakat," jelasnya.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 15 2016
TENGKU ADNAN: Kementerian akan meneruskan program-program berkaitan yang berbentuk 'sentuhan terus' kepada masyarakat.
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Op BAH isytihar tahun 2018 sebagai tahun sifar judi atas talian di KL
Operasi Banteras Aktiviti Haram atau dikenali sebagai Op BAH mengisytiharkan tahun 2018 sebagai tahun sifar judi atas talian di Kuala Lumpur.
Janji transformasi penuhi keperluan masyarakat - Tengku Adnan
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, kementeriannya akan meneruskan program-program yang berbentuk 'sentuhan terus' kepada masyarakat.