Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tetap berpendirian bahawa sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng, di sini, perlu dihantar pulang meskipun ada pihak mengatakan radiasi yang dihasilkan adalah rendah.
Beliau turut mempersoalkan apakah tindakan yang akan dilakukan jika berlaku peningkatan mendadak kes penyakit kanser di kawasan berhampiran kilang Lynas pada masa akan datang, memandangkan tiada kajian dasar kesihatan penduduk dilaksanakan di situ.
"Saya ingin mengingatkan bagi radiasi tahap rendah, kesannya bukan boleh dilihat semalam dua tetapi mungkin berpuluh tahun," katanya kepada media selepas menghadiri Program Ziarah Tautan Kasih Santuni Ibu Bapa di Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini, pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau berpandangan amalan terbaik yang boleh dilakukan ialah menghantar semula sisa itu ke Australia untuk dilupuskan di lombong di sana jika Lynas dibenarkan untuk meneruskan operasinya di negara ini.
"Jika Lynas bina kilang di Australia, itu yang akan dilakukan iaitu menghantar sisa ke lombong. Kenapa perlu ada dwistandard?
"Kenapa di sini mereka kata ia boleh diletakkan berdekatan kilang, di kawasan yang dekat dengan sungai dan laut?" soalnya.
Kelmarin, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada dialog dengan Kelab Koresponden Asing Jepun (FCCJ) di Tokyo, mengumumkan Malaysia akan membenarkan kilang Lynas di sini untuk terus beroperasi.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri semalam dilaporkan berkata penghantaran pulang sisa radioaktif dihasilkan kilang Lynas adalah prasyarat bagi menyambung lesen operasi kilang tersebut di negara ini.
Sementara itu dalam program berkenaan, seramai 45 penghuni Kompleks Asnaf MUIP menerima sumbangan wang tunai, pakaian dan kuih-muih sempena sambutan Aidilfitri.
Kompleks Asnaf MUIP yang mula beroperasi pada 2010 ketika ini mampu menampung 50 penghuni dengan dikendalikan 22 pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019
Anggota Parlimen Kuantan Fuziah Salleh tetap berpendirian bahawa sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, perlu dihantar pulang.
Pulih dari serangan strok, Haerieyanto lebih hargai nikmat kesihatan
"Kalau dahulu saya bedal nak makan apa, saya hisap rokok tak ingat dunia, rehat tak cukup sehinggakan saya jatuh sakit."
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC
Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
Kebakaran: Dua kebakaran besar di Los Angeles berjaya dikawal
Pasukan bomba akhirnya mula berjaya mengawal dua kebakaran besar di bahagian timur dan barat Los Angeles pada Jumaat selepas angin kencang yang memburukkan kebakaran selama beberapa hari, mulai reda.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan, didorong optimisme
Dagangan mungkin kekal dalam julat kecil kerana pelabur menilai optimisme berkaitan peluang tempatan dalam keadaan pendirian berhati-hati terhadap ketidaktentuan global.
"Petaling Street" digempur lagi, 34 PATI ditahan
Jalan Petaling yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur pada Jumaat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi operasi "KL Strike Force" dan menahan 34 pendatang tanpa izin.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
Jangka panjang sisa Lynas masih berbahaya - Fuziah
Sisa kilang pemprosesan nadir bumi Lynas perlu dihantar pulang meskipun ada pihak mengatakan radiasi yang dihasilkan adalah rendah.