KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah.
Menerusi klip video di laman sosial TikTok, beliau meminta pekerja di bawah pimpinannya supaya berjumpa secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian yang sesuai.
"Saya sebenarnya faham, sangat faham tentang masalah itu. Latar belakang saya sendiri sebagai doktor, ini menyebabkan saya memang faham dan saya tekad sebenarnya untuk menyelesaikan masalah ini dan kalau boleh, hari ini juga saya nak selesaikan.
"Tapi kita perlu faham bahawa ini akan mengambil sedikit masa untuk saya memahaminya lebih mendalam dan sebaik-baiknya supaya penyelesaian yang terbaik dapat kita laksanakan," katanya selepas mendengar bahawa mogok mengejut kemungkinan dilakukan oleh pihak tertentu..
Dr Zaliha juga meminta pekerja kesihatan supaya berfikir dengan cara yang lebih matang.
"Insya-Allah kita bertemu bersemuka dan akhirnya kita dapat sama-sama selesaikan masalah ini dan semua sebenarnya akan dapat kebaikan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2023
Dr Zaliha Mustafa menasihatkan pekerja dalam sektor kesihatan awam supaya tidak terlibat dalam sebarang mogok tanpa pemberitahuan kerana ia tidak menyelesaikan masalah. - Gambar fail Astro AWANI
Sasaran jumlah dagangan AS$10 bilion bakal buka peluang baharu
Sasaran Turkiye untuk menggandakan nilai jumlah dagangan kepada AS$10 bilion dengan Malaysia tahun ini, bakal membuka lembaran baharu.
Laporan harga kenderaan naik pada 2026 tidak tepat - MOF
MOF dan MITI bersama-sama pihak industri automotif sedang meneliti kaedah penilaian kenderaan bagi memastikan pengenaan cukai dilaksanakan secara adil, seragam dan neutral serta konsisten.
Kes strok haba dilapor, petugas kesihatan titip nasihat
Terdapat beberapa kes strok haba serta sesak nafas dilaporkan ketika lebih 20,000 penganut Hindu serta pelancong luar hadir ke sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves di Gombak pada Selasa.
1.5 juta pengunjung hadiri Sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Selangor menganggarkan seramai 1.5 juta pengunjung memenuhi kawasan Batu Caves sempena sambutan Thaipusam, pada Selasa.
Kedudukan 25 negara teratas sukar, kecuali reformasi drastik
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.
Nekmat nafi terlibat penyelewengan minyak diesel subsidi
Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) menafikan terlibat dalam kegiatan penyelewengan minyak diesel subsidi yang menggunakan lori dengan logo persatuan itu.
Indeks Persepsi Rasuah: Sasaran Malaysia kedudukan 25 negara teratas sukar dicapai - C4
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pushpan Murugiah menegaskan perkara itu tidak mustahil jika reformasi secara drastik dilaksanakan bermula dari tahun ini.
[TERKINI] Majlis Penandatangan MoU dan Sidang Media Bersama PM Anwar dan Presiden Türki
Ikuti Majlis Penandatangan MoU dan sidang media bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan di Putrajaya.
Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.
Jangan terlibat dalam mogok mengejut, bersemuka selesaikan masalah - Dr Zaliha
Menteri ajak pekerja kesihatan berjumpa secara bersemuka untuk mencari jalan penyelesaian.