Pertubuhan sukarela kebajikan disaran agar tidak terlalu bergantung dan berharap kepada geran kerajaan semata-mata untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pertubuhan sukarela kebajikan yang telah menerima geran juga diharap dapat berdikari dan berdiri teguh dengan sokongan serta bantuan pihak korporat serta sumber kewangan lain selain kerajaan.
"Saya yakin dan percaya terdapat banyak syarikat korporat serta individu di luar sana yang ingin bekerjasama dengan pertubuhan sukarela kebajikan untuk bersama-sama menjayakan pelbagai program dan aktiviti pembangunan wanita, keluarga serta masyarakat melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)'," katanya semasa berucap pada majlis perasmian Tasputra Perkim di sini, pada Khamis.
Pada 2018 jelas Wan Azizah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membelanjakan sejumlah RM 13,673,866.80 untuk 224 buah pertubuhan sukarela kebajikan termasuklah pertubuhan sukarela kebajikan yang mempunyai pusat jagaan seperti Tasputra Perkim.
"Pemberian geran tahunan ini bertujuan memberikan sokongan kepada pertubuhan sukarela kebajikan (PSK) dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada kumpulan sasar yang berkeperluan serta
meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh PSK.
"Pada tahun 2018, Tasputra Perkim menerima Elaun OKU sebanyak RM 52,200.00 dan Geran Rangsum untuk keperluan makan minum kanak-kanak sebanyak RM 33,132.00 daripada JKM.
"Ia juga memastikan pelaksanaan program dan aktiviti kebajikan dapat dilaksanakan secara berterusan serta menyeluruh," ujarnya.
Kata Dr Wan Azizah, Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) pertama pada 2018 juga telah bersetuju dengan cadangan bagi meningkatkan aksesibiliti kepada golongan OKU seperti pewujudan Pelan Tindakan Aksesibiliti OKU.
"MKBOKU juga telah mencadangkan peluasan perkhidmatan e-hailing kepada OKU dan bersetuju akan cadangan pendidikan inklusif diadakan di semua sekolah di peringkat negeri bagi memberi peluang pada pelajar OKU menikmati peluang pendidikan yang inklusif.
"Turut dicadangkan ialah semua kerja menaik taraf infrastruktur sekolah perlu menepati ciri-ciri universal.
"Di antara beberapa program utama KPWKM mengenai OKU untuk tahun 2019 adalah pelaksanaan dua kajian yang akan menumpukan kepada peluang pekerjaan untuk OKU serta sistem sokongan bagi penjaga kepada OKU," jelasnya.
Sementara SpecialJobs.com.my pula kata Wan Azizah merupakan satu kolaborasi di antara kerajaan dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta, yang mana portal tersebut diwujudkan khas untuk carian pekerjaan bagi OKU.
Wan Syamsul Amly
Thu Feb 07 2019

SpecialJobs.com.my pula kata Wan Azizah merupakan satu kolaborasi di antara kerajaan dan sebuah institusi pengajian tinggi swasta, yang mana portal tersebut diwujudkan khas untuk carian pekerjaan bagi OKU. - Gambar

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom
Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China
Porsche melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 30.3% kepada €3.6 bilion pada 2024.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
"Saya ada rasa hormat yang tinggi terhadap Xi Jinping" - Trump
Walaupun tarif baru ke atas import keluli dan aluminium ke AS mula berkuat kuasa, Presiden Donald Trump mengatakan beliau ada rasa hormat yang tinggi terhadap Presiden China, Xi Jinping.
"Tiada sesiapa usir rakyat Palestin dari Gaza" - Trump
"Tiada sesiapa yang akan mengusir rakyat Palestin dari Gaza", itu ujar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun sebelum ini beliau sendiri yang mencadangkan agar AS mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi sebuah "Riviera" di Asia Barat.
"Jika ini takdir saya, maka biarlah begitu" - Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan pesanan kepada rakyat Filipina semasa dalam perjalanan ke The Hague.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.

MAINJ diminta semak semula senarai penerima zakat fitrah - Exco Agama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.

'Jangan terlalu bergantung geran kerajaan' - TPM
Pertubuhan sukarela kebajikan disaran agar tidak terlalu bergantung dan berharap kepada geran kerajaan semata-mata untuk menjayakan program dan aktiviti mereka.