Pernah menembak 39 penjenayah dan merampas 13 pucuk pistol ketika berkhidmat sebagai anggota polis merupakan pengalaman amat berharga seorang pengawal peribadi bertauliah. Namun ini nasihatnya:
"Jangan semberono upah pengawal peribadi bersenjata."
Menurut Jurulatih Kanan Safe Force Malaysia Sdn Bhd, Bakrim Ebok, dia lebih bersedia ketika melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengawal peribadi selepas bertukar kerjaya sejak sembilan tahun lalu.
Selain keberanian, pengawal peribadi perlu memiliki pengetahuan undang-undang dan latihan menggunakan senjata api serta mengetahui hak sebelum melepaskan tembakan.
"Kalau hendak menjadi pengawal peribadi apabila kita mengeluarkan senjata api, anda perlu tembak tepat, kalau saya tembak lebih daripada sebutir peluru, itu bukan hak anda dalam undang-undang.
"Contoh kalau anda sudah melepaskan tembakan sehingga sembilan ke lapan peluru, kalau dari segi perundangan, bagaimana ia dikatakan mempertahankan diri? Seakan masing-masing sudah mempunyai niat bukan lagi untuk mempertahankan diri," katanya di sini.
Bakrim turut mengakui pengalaman banyak membantu beliau dalam berdepan dengan ancaman bagi melindungi majikannya.
"Saya pernah diserang dengan tangan sahaja. Dia pernah kejar kita orang dengan menumbuk saya dengan tangan tetapi sekiranya dia menggunakan senjata contohnya seperti topi keledar, apa akibat daripada serangan itu.
"Mungkin kita boleh cedera parah dan mungkin juga boleh mati walaupun mengikut undang-undang, hak untuk mempertahankan diri itu boleh terlepas tapi saya tidak boleh sebab perbicaraan di mahkamah nanti saya akan menjadi susah kerana saya sudah naik turun 39 kali pertuduhan sebab saya telah menembak 39 orang", katanya.
Bakrim menjelaskan teknik serta tanggungjawab pengawal peribadi berbeza ketika berkhidmat untuk ketua negara, menteri atau majikan yang merupakan ahli korporat.
Pengawal peribadi bersenjata tidak bertauliah
Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) Datuk Sri Mustapa Ali proses pengambil pengawal peribadi bersenjata bertauliah memakan masa dan kosnya boleh mencecah ribuan ringgit.
"Selalunya berkaitan dengan gaji mereka ini boleh mencecah antara RM3,000 ke RM4,500 dan ada juga mencecah RM5,000 sebulan. Ia terpulang kepada syarikat yang memberi perkhidmatan kepada pelanggannya," katanya di ibu pejabat PPKKM di Kelana Jaya.
Syarikat pengawal keselamatan yang ingin menawarkan perkhidmatan pengawal peribadi bersenjata perlu melalui prosedur ketat sebelum dibenarkan berbuat demikian, iaitu mendapatkan lesen memiliki senjata api dan peluru.
Namun, beliau berkata tidak banyak syarikat yang sanggup melalui proses berkenaan.
"Sebelum ini, kebanyakan pengawal peribadi bersenjata tidak perlu dilatih kerana banyak mereka itu diserapkan daripada Unit Tindakan Khas (UTK) tetapi sekarang sudah banyak berkurangan.
"Mereka yang pada masa kini perlu dilatih kerana kebanyakan adalah orang biasa daripada golongan awam dijadikan pengawai peribadi bersenjata. Banyak prosedur yang perlu dilalui," katanya.
Menurut Mustapa, hanya 200 daripada 723 syarikat dibawah seliaan pihaknya yang diberikan kebenaran mentauliahkan pengawal peribadi bersenjata.
Latihan bersepadu akhir tahun ini
Mengulas lanjut, Penyelaras Program (PPKKM) Datuk Abdul Malik Abdul Hamid berkata semua pengawal peribadi bersenjata perlu mengikuti latihan bersepadu menjelang akhir tahun ini.
Pihaknya sedang merangka program bagi menyelaraskan modul latihan dan kawalan keselamatan membabitkan pengawal peribadi bersenjata yang beroperasi di negara ini.
"Mungkin pada hujung tahun ini perkara ini dapat dilaksanakan dan dengan adanya kursus yang diadakan barulah pekhidmatan ini tersusun dan terkawal.
"Kita akan mempunyai rekod tertentu di peringkat PDRM, Daerah hingga ke Bukit Aman.
"Pihak KDN (Kementerian Dalam Negeri) juga akan mempunyai statistik kewujudan pengawal peribadi yang diberikan oleh setiap syarikat berdaftar dengan KDN" katanya di ibu pejabat PPKKM di sini.
Dengan pelaksanaan modul itu, hanya pengawai peribadi bersenjata yang menerima latihan dan diiktraf kerajaan dibenarkan beroperasi di negara ini.
Abdul Malik berkata, kandungan modul latihan itu membabitkan teori dan praktikal.
Antara latihan teorinya ialah pengetahuan undang undang menggunakan senjata api, kaedah mengendalikan senjata api, penilaian ancaman majikan dan keselamatan persekitaran.
Latihan yang bakal dirangka ini adalah berdasarkan keperluan semasa dalam mengawal keselamatan majikan.
Anthea Yap
Thu Nov 17 2016

Selain keberanian, pengawal peribadi perlu memiliki pengetahuan undang-undang dan latihan menggunakan senjata api serta mengetahui hak sebelum melepaskan tembakan. - Foto Astro AWANI
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.
Duterte mungkin dipenjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung perang dadah.

Remaja perempuan hilang selepas ditegur leka bermain telefon ditemukan selamat
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Seksyen 20 di sini, Ahad lepas ditemukan selamat di rumah rakannya di Kuala Terengganu.
Tuduhan kompaun berat sebelah disifatkan fitnah, berniat jahat - Fahmi
Tuduhan kononnya kompaun yang dikenakan ke atas syarikat pemegang lesen membabitkan kes tiga penyampai radio sebagai berat sebelah sehingga menyebabkan Islam ditindas disifatkan sebagai fitnah yang berniat jahat.
70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan – PM
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
Justeru, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan mencadangkan agar kemasukan pelajar baharu SBP dan MRS ke bidang berkenaan ditingkatkan kepada 70 peratus.
PM seru sektor swasta ambil sekolah angkat
Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan swasta disaran untuk menghulurkan bantuan kewangan terhadap sekolah-sekolah yang memerlukan, terutamanya sekolah yang mempunyai fasiliti daif seperti tandas.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sektor swasta, terutamanya syarikat-syarikat gergasi boleh menyahut cadangan untuk menyertai program ‘sekolah angkat’, sekaligus menolong kerajaan sudah membelanjakan berbilion ringgit untuk menaik taraf fasiliti sekolah-sekolah kerajaan.
Tengku Zafrul masih kekal ahli UMNO- Zahid Hamidi
Menurut Ahmad Zahid, beliau juga menasihati Tengku Zafrul agar tidak terburu-buru membuat sebarang keputusan dalam satu pertemuan empat mata minggu lalu.

'Jangan semberono upah pengawal peribadi bersenjata'
Selain keberanian, pengawal peribadi perlu memiliki pengetahuan undang-undang dan latihan menggunakan senjata api serta mengetahui hak sebelum melepaskan tembakan.