Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan berita palsu menerusi media sosial mengenai penyebaran virus Ebola di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata perbuatan itu akan menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai.
"Diharap tidak ada orang yang cepat membuat khabar angin yang tidak benar kerana ia boleh menimbulkan rasa takut kepada orang lain atas perkara yang tidak berasas," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Astro Productions Sdn Bhd (APSB) dan Iskandar Malaysia Studios (IMS) Sdn Bhd di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, di sini hari ini.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi menyiasat serta mengambil tindakan terhadap individu yang sengaja menyebarkan laporan palsu mengenai wujudnya virus Ebola di negara ini.
"Apa sahaja yang keluar dalam media sosial perlu disahkan dan perlu disahihkan terlebih dahulu," kata Ahmad Shabery.
Mengenai penggambaran siri epik kehidupan Marco Polo oleh Weinstein Company di Studio Pinewood Iskandar Malaysia beliau berkata ia adalah bukti kepada kejayaan polisi kerajaan dalam usaha menjadikan Malaysia hab industri kreatif.
Katanya, dengan penyelesaian masalah birokrasi di beberapa agensi yang terlibat, lebih ramai akan datang untuk membuat penggambaran filem di negara ini.
Menurut beliau kejayaan itu yang membina keyakinan terhadap Malaysia di kalangan syarikat produksi dunia, bukan hanya disebabkan pemberian insentif kepada syarikat luar semata-mata tetapi kerana polisi kerajaan yang betul, prasarana dan bakat tempatan yang ada.
Bernama
Thu Aug 14 2014
SHABERY: Perbuatan itu akan menimbulkan rasa takut dalam kalangan orang ramai - Foto Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Ghana sahkan kes pertama virus Marburg
Virus yang amat mudah berjangkit itu dikatakan daripada keluarga sama dengan virus penyebab Ebola.
Tanzania siasat penyakit misteri ragut tiga nyawa
Gejala penyakit itu termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung, kata Ketua Pegawai Perubatan negara berkenaan, Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan.
WHO mesyuarat minggu depan kaji penularan cacar monyet
Sehingga kini, 1,600 kes cacar monyet direkodkan di 39 negara dengan 72 kematian.
Congo umum berakhirnya wabak Ebola yang meragut 6 nyawa
Wabak itu berjaya dibendung menggunakan vaksin Ebola Merck (MRK.N) yang diberikan kepada lebih 1,600 pesakit dan kontak rapat.
Ebola: 4 dilapor meninggal dunia di Guinea, korban pertama sejak 2016
Insiden kematian itu amat membimbangkan kerana wabak yang muncul semula selepas lima tahun dari 2013 hingga 2016 itu pernah meragut 11,300 nyawa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Februari 2021.
Congo umum penularan semula jangkitan Ebola
Kes jangkitan terbaharu dikenal pastu selepas seorang wanita di bandar Biena wilayah Lubero meninggal dunia akibat penyakit itu.
COVID-19: Afrika berdepan gelombang kedua
Sejak 28 hari lalu, kes dilaporkan meningkat di 19 negara di rantau berkenaan, termasuk Ghana, Kenya, Angola dan Algeria.
COVID-19: WHO tidak akan syor sebarang vaksin sebelum terbukti selamat
Kenyataan menyusul perkembangan terbaharu di mana Rusia dan China mula menggunakan vaksin sebelum kajian jangka panjang selesai.