KUALA LUMPUR: Majikan diberi amaran keras agar tidak menyalahgunakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilancarkan pada 17 Jan lepas untuk menggantikan pekerja tempatan.
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar berkata pelan itu adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor kritikal dengan segera dan majikan tidak sepatutnya menggunakannya sebagai alasan untuk membuang pekerja tempatan setelah mendapat pekerja asing.
"Majikan yang didapati bertindak sedemikian melanggar Seksyen 60M Akta Kerja 1955 dan boleh dikenakan penalti sehingga RM50,000 sekiranya didapati bersalah. Kelulusan kuota pekerja asing yang diberikan turut akan dibatalkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, hari ini.
Sivakumar memberi amaran itu susulan laporan yang diterima pihaknya mengenai insiden pembuangan 102 pekerja tempatan yang digantikan dengan pekerja asing di Pulau Pinang.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut menerima laporan daripada Perwakilan Diplomatik Bangladesh berhubung kejadian 117 pekerja dari negara itu yang mendapati mereka tidak ditawarkan pekerjaan setelah tiba di Malaysia dua minggu lepas, di bawah pelan tersebut.
Katanya, pelbagai alasan diberikan majikan termasuk kononnya mereka belum bersedia untuk menerima pekerja berkenaan walaupun mereka sendiri membuat permohonan sebelum ini.
"Jangan suka-suka sahaja memohon dan apabila mereka tiba, majikan tidak mahu menerima mereka. Ini juga boleh mencalarkan imej perundangan negara dan sebab itu saya beri amaran keras kepada majikan, sekiranya memohon pekerja asing, buat perkara yang betul.
"Tindakan segelintir majikan yang tidak bertanggungjawab telah menjejaskan imej serta kredibiliti negara dan ia akan menyukarkan rundingan dengan negara sumber tentang aspek keperluan guna tenaga pekerja asing termasuk pekerja domestik," katanya dan menambah kes itu boleh disiasat mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM 2007) dan Akta Kerja 1955.
Mengulas tentang status terkini pekerja warga Bangladesh itu, Sivakumar berkata mereka sudah ditempatkan di lokasi selamat dan Kementerian Sumber Manusia sedia membantu menempatkan mereka kepada majikan lain yang memerlukan.
Katanya kementerian juga pada masa sama akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap majikan bagi memastikan tiada lagi pelanggaran terhadap pelan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Menteri Sumber Manusia Sivakumar Varatharaju Naidu (kiri) bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Jangan salah guna kelonggaran ambil pekerja asing - Sivakumar
Majikan diberi amaran keras agar tidak menyalahgunakan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang dilancarkan pada 17 Jan lepas untuk menggantikan pekerja tempatan.