KUALA LUMPUR:Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini menzahirkan kebimbangan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, akan dikawal pihak berkepentingan untuk tujuan tertentu.
Presiden (Penaja) Pejuang Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, keadaan itu berlandaskan faktor hanya tiga wakil pembangkang yang dipilih menganggotai jawatankuasa tersebut.
Ujar Ahli Parlimen Jerlun itu lagi, biarpun jawatankuasa itu dipengerusikan Bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, namun Pejuang khuatir wakil ahli politik kerajaan akan mempengaruhi sebarang keputusan demi kepentingan tertentu.
"Saya bangkitkan perkara ini kerana kita bimbang akan ada nanti atas kepentingan pihak tertentu, walaupun tiga orang wakil rakyat pembangkang tidak bersetuju, mungkin majoritinya buat keputusan untuk menamatkan darurat dengan tujuan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU).
"Pada hemat kami, (jika ini berlaku), ia satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kerana kita tahu setelah berlaku Pilihan Raya Negeri di Sabah, ketika itu kita lihat penularan jangkitan ini meningkat mendadak, dan mengancam nyawa rakyat bukan hanya di Sabah, tetapi di seluruh negara,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada sidang media Pejuang, berhubung isu-isu semasa serta pendaftaran parti, yang diadakan secara dalam talian, hari ini.
Pada 9 Februari lepas, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah mengumumkan senarai 19 ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021, selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.
Menurut kenyataan PMO, jawatankuasa itu berperanan menasihati Seri Paduka Baginda mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia, dan penamatannya.
BACA: Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
Mengikut senarai berkenaan, terdapat empat Ahli Parlimen yang mewakili Kerajaan, dan tiga lagi mewakili blok Pembangkang.
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, Pejuang berharap agar Jawatankuasa Khas Bebas berkenaan benar-benar memantau situasi semasa berhubung COVID-19.
Selain itu, beliau berharap agar jawatankuasa yang dianggotai 19 ahli pelbagai kepakaran itu dapat memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan tempoh darurat.
“Kalau mereka yakin atas fakta, atas maklumat tepat, bahawa COVID-19 ini telah selesai dengan baik, tidak akan mengancam nyawa rakyat, maka saya akan setuju sekiranya mereka mengesyorkan kepada YDP Agong, bahawa COVID dah selesai, dan darutat boleh dihentikan.
"Tetapi kalau ada unsur-unsur lain yang bukan kerana COVID-19, tapi kerana nak kelangsungan politik atau apa-apa sekalipun, yang itu kita pun tak tahu, nak buat PRU, itu yang kita bimbang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Feb 15 2021
![Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605428357_Mukhriz.jpg)
Mukhriz harap jawatankuasa itu dapat memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan tempoh darurat. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![PRN Johor: Mudahkan undi pos, tetapkan hari mengundi pada Sabtu - Mukhriz PRN Johor: Mudahkan undi pos, tetapkan hari mengundi pada Sabtu - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61598345745_MukhrizTunMahathi.jpg)
PRN Johor: Mudahkan undi pos, tetapkan hari mengundi pada Sabtu - Mukhriz
Mukhriz berkata, perkara itu amat penting memandangkan terdapat hampir 100,000 pengundi Johor yang berada di Singapura ketika ini.
![CPTPP bakal beri kesan besar kepada ekonomi Bumiputera - Mukhriz CPTPP bakal beri kesan besar kepada ekonomi Bumiputera - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/71605688751_Mukhriz.jpg)
CPTPP bakal beri kesan besar kepada ekonomi Bumiputera - Mukhriz
Pernyataan terpilih Menteri MITI tidak memberi gambaran menyeluruh tentang kesan sebenar CPTPP.
![Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605428357_Mukhriz.jpg)
Jangan pengaruhi Jawatankuasa Khas Bebas Darurat demi kepentingan politik - Mukhriz
Mukhriz harap jawatankuasa itu dapat memberi nasihat yang tepat kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung penamatan tempoh darurat.
![Mukhriz nafi arahkan laporan polis dibuat terhadap Ebit Lew Mukhriz nafi arahkan laporan polis dibuat terhadap Ebit Lew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569038802_MUKHRIZ.jpg)
Mukhriz nafi arahkan laporan polis dibuat terhadap Ebit Lew
Mukhriz kesal dengan tularan yang meluas di media sosial yang mengaitkan beliau dan Pejabat Menteri Besar Kedah dengan tohmahan tersebut.
![Greenlight for 952 Kedah couples to marry during MCO Greenlight for 952 Kedah couples to marry during MCO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71569038802_MUKHRIZ.jpg)
Greenlight for 952 Kedah couples to marry during MCO
Mukhriz said only marriage solemnisation (akad nikah) were allowed and no other ceremony could be held.
![Beri tempoh secukupnya Dr Mahathir pulihkan ekonomi negara - Azmin Beri tempoh secukupnya Dr Mahathir pulihkan ekonomi negara - Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41561203928_AzminAli.jpg)
Beri tempoh secukupnya Dr Mahathir pulihkan ekonomi negara - Azmin
Beliau berkata langkah itu wajar dilakukan Dr Mahathir sebelum menyerahkan jawatan perdana menteri kepada penggantinya.
![TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/81558690208_MukhrizSultanJohor.jpg)
TMJ kongsi video Mukhriz tidak bersalam dengan Sultan Johor
Baginda mengulang ciap video disiarkan oleh Twitter Friends of Johor yang mengkritik dan menyifatkan Mukhriz sebagai sombong.
![TVET punyai kelebihan daripada aspek kebolehpasaran - Mukhriz TVET punyai kelebihan daripada aspek kebolehpasaran - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51538571232_MukhrizMahathir.jpg)
TVET punyai kelebihan daripada aspek kebolehpasaran - Mukhriz
Golongan muda disaran melihat kelebihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) daripada aspek kebolehpasaran graduan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
![Portfolio Exco Kedah akan dibuat ikut kementerian - Mukhriz Portfolio Exco Kedah akan dibuat ikut kementerian - Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61526306564_MUKHRIZTUNMAHATHIR.jpg)
Portfolio Exco Kedah akan dibuat ikut kementerian - Mukhriz
Penyelarasan portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah akan dibuat mengikut kementerian bagi memastikan ia relevan kepada negeri ini, kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz.
![Tengku Adnan nafi parti tidak ikut peraturan urus kes Muhyiddin, Mukhriz Tengku Adnan nafi parti tidak ikut peraturan urus kes Muhyiddin, Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81454063429_TengkuAdnan.jpg)
Tengku Adnan nafi parti tidak ikut peraturan urus kes Muhyiddin, Mukhriz
Muhyiddin tidak mendapat surat tunjuk sebab atau dipanggil untuk membela diri kerana kesnya tidak diproses Lembaga Disiplin tetapi dikembalikan semula untuk dipertimbangkan Majlis Tertinggi.