KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Thailand khususnya mereka yang memasuki negara itu dengan memandu kenderaan dinasihatkan untuk mengambil perlindungan insurans penuh bagi mengelakkan sebarang risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti nahas jalan raya.
Aktivis Malaysia yang kini menetap di Satun, Thailand, Abdul Halim Othman berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan disebabkan prosedur berkaitan urusan untuk menyelesaikan kes kemalangan adalah rumit berikutan melibatkan masalah komunikasi selain kos rawatan di hospital negara itu yang tinggi.
Menurutnya, tahap kesedaran untuk memiliki insurans penuh dalam kalangan rakyat Malaysia apabila memandu kenderaan ke Thailand masih rendah kerana kebanyakan ingin berjimat dan menganggap setiap masalah boleh diselesaikan dengan mudah.
"Sebenarnya selangkah kaki kita melepasi sempadan Malaysia-Thailand walaupun hanya bertujuan untuk pergi jalan-jalan makan di Pekan Danok, kita sebenarnya sudah tertakluk dengan peraturan pihak berkuasa negara Thailand.
"Insurans ini seolah-olah 'peguam' yang akan menjadi penyelamat kepada kita. Kalau tidak berlaku apa-apa tidak mengapa, tapi kalau jadi (kemalangan) tanpa insurans lengkap, susah kita nanti. Jadi perlu beringat sebelum ia betul-betul berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, terdapat empat jenis insurans yang perlu diambil ketika memandu kenderaan di Thailand iaitu Insurans Wajib (CI), Insurans Perjalanan (TI), Insurans Sukarela (VI) dan "Extension 101 Insurance" (E101).
Menurutnya, CI adalah insurans syarat sah untuk memasuki Thailand dan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia hanya sekadar mengambil insurans berkenaan sahaja sedangkan kos untuk membiayai perubatan jika berlaku sebarang kemalangan di negara itu adalah tinggi khususnya jika melibatkan warga asing.
Sehubungan itu, katanya, insurans tambahan seperti TI adalah penting di samping insurans VI yang akan berfungsi untuk membiayai ganti rugi kepada pihak yang terlibat dengan kemalangan, manakala insurans tambahan E101 untuk membiayai ganti rugi kenderaan rakyat Malaysia yang terlibat kemalangan.
Abdul Halim yang popular dengan panggilan Cikgu Joe Satun yang membantu puluhan rakyat Malaysia yang terlibat dengan nahas jalan raya di negara itu sejak 2011 berkata, perkara itu dilakukan secara sukarela tanpa mengambil sebarang upah.
"Isteri saya yang berasal dari Satun boleh berkomunikasi bahasa Thai dan Melayu, jadi beliau akan menjadi pemudah cara untuk berurusan dengan pihak berkuasa atau mangsa kemalangan rakyat Thailand.
"Saya pula akan berhubung dengan rakyat Malaysia atau Kedutaan Besar Malaysia di sini berkaitan dokumentasi yang diperlukan, kalau tiada salah seorang daripada kami, urusan (bantuan) ini tidak akan dapat dilakukan," katanya yang mengusahakan perniagaan yang berkonsepkan pelancongan bersama isterinya.
Sementara itu, Azizan Ishak, 62 yang pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal di Thailand pada 2019 sehingga patah pergelangan tangan kedua-duanya berkata kejadian itu menjadi pengajaran berguna bagi dirinya.
Ketika itu, beliau hanya membeli insurans asas CI dengan harga RM15 untuk perlindungan selama seminggu bagi membolehkannya menunggang motosikal di Thailand.
"Kejadian kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan dari Krabi menuju ke Phuket. Sebuah kenderaan pacuan empat roda masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba menyebabkan saya yang berada di lorong itu terlanggar kenderaan Thailand itu menyebabkan kedua-dua tangan saya patah.
"Dipendekkan cerita, urusan untuk menyelesaikan kes itu termasuk kos perubatan, pengangkutan dan ganti rugi mencecah RM8,000 secara tunai. Nasib baik dengan bantuan Cikgu Joe Satun (Abdul Halim) perbelanjaan dapat dikurang RM3,000 sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 23 2023
Rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke Thailand khususnya mereka yang memasuki negara itu dengan memandu kenderaan dinasihatkan untuk mengambil perlindungan insurans penuh. - Gambar BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
Jangan pandang ringan, ambil insurans penuh ketika memandu di Thailand - Aktivis
Ramai rakyat Malaysia ingin berjimat di Thailand dan menganggap setiap masalah boleh diselesaikan dengan mudah.