KUALA LUMUR: Penyakit Kawasaki atau turut dikenali sebagai Sindrom Kawasaki walaupun jarang berlaku, ia berisiko menyebabkan kematian dalam kalangan kanak-kanak yang dijangkiti sekiranya tidak diberikan rawatan sesuai dengan segera.
Pakar Perunding Kanan Pediatrik yang juga Pakar Perunding Imunologi Klinikal dan Alergi di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Intan Hakimah Ismail berkata, penyakit itu yang melibatkan keradangan pada pembuluh darah cenderung menyerang kanak-kanak berumur bawah lima tahun.
"Komplikasi penyakit Kawasaki paling membimbangkan adalah keradangan arteri koronari yang boleh menyebabkan masalah jantung seterusnya berisiko menyebabkan kematian sekiranya tidak mendapat rawatan sewajarnya," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurut Dr Intan Hakimah yang juga Ketua Unit Imunologi Klinikal, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, penyakit Kawasaki sukar untuk didiagnosis kerana ia mempunyai gejala serupa dengan penyakit lain termasuk demam.
Bagaimanapun, ibu bapa boleh mengambil langkah awal dengan membawa anak mereka berjumpa doktor sekiranya mempunyai gejala seperti demam melebihi lima hari; ruam pada bahagian badan; bengkak kelenjar leher; lidah merah, bengkak, berbiji-biji yang dipanggil 'lidah strawberi' dan mata merah tetapi tidak berair atau mempunyai tahi mata.
"Jika anak-anak ada gejala ini, segeralah bawa berjumpa dengan doktor sebaik-baiknya pakar kanak-kanak kerana mereka lebih mahir dan boleh mengetahui ia gelaja Kawasaki atau tidak," katanya.
Semalam, Kementerian Kesihatan memuat naik infografik berhubung penyakit Kawasaki dan menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan rawatan segera sekiranya anak mereka mempunyai gejala bagi mengurangkan risiko komplikasi jantung.
Mengenai cara rawatan, Dr Intan Hakimah berkata kanak-kanak yang disahkan dijangkiti Kawasaki kebanyakannya pulih dalam tempoh beberapa hari, namun sesetengah kes serius pesakit perlu dirawat di hospital bagi membolehkan 'antibodi imunoglobulin' secara infusi intravena (IV) diberikan kepada mereka.
Dr Intan Hakimah menjelaskan sehingga kini belum dapat dikenal pasti punca sebenar jangkitan Kawasaki yang dikesan oleh pakar Pediatrik Jepun, Dr Tomisaku Kawasaki buat kali pertama pada 1967.
Sehubungan itu, beliau menasihati ibu bapa supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya anak-anak mereka demam dan tidak menganggapnya sebagai kebiasaan seperti kanak-kanak itu sedang membesar.
Sementara itu, Perunding Kanan Pediatrik Datuk Dr Amar Singh HSS berkata Kawasaki bukan virus dan kanak-kanak di Asia lebih terdedah kepada penyakit itu.
Mengenai langkah pencegahan, Dr Amar yang juga penasihat Majlis Kebangsaan Intervensi Awal Kanak-kanak (NECIC) menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan rawatan sekiranya mengesyaki anak mereka mempunyai semua gejala tersebut.
"Tidak diketahui punca penyakit tetapi terdapat rawatan yang baik untuk penyakit Kawasaki iaitu menggunakan immunoglobulin dan aspirin. Bagaimanapun, petunjuk terbaik ialah demam berpanjangan tidak memberi tindak balas kepada rawatan biasa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 19 2022

Penyakit itu yang melibatkan keradangan pada pembuluh darah cenderung menyerang kanak-kanak berumur bawah lima tahun. - Twitter/@RadioGraphics
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Allah uji kita tanda sayang' - Amyra Rosli
Selepas kesihatan diri sendiri diuji gara-gara penyakit misteri, emosi Amyra Rosli berlarutan terganggu apabila anaknya, Ayra Aryssa diuji penyakit keradangan saluran darah dikenali sebagai Kawasaki.

Kawasaki cipta robot berbentuk kambing
Syarikat itu ingin mengembangkan lagi Bex bagi membolehkannya digunakan di kilang pembuatan, tapak pembinaan serta ladang.

Yamaha, Honda bangunkan enjin 250cc empat silinder saingi Kawasaki ZX-25R?
Honda mempunyai CBR250RR, Yamaha memiliki FZR250, Kawasaki pula ZXR250 manakala Suzuki GSX-R250.

Kenapa Kawasaki tidak ada dalam saingan kelas MotoGP?
Adakah syarikat pengeluar motor Jepun ini takut dengan saingan MotoGP yang didominasi Honda, Yamaha dan Ducati atau ada perkara lain yang berlaku?

Tiada kes Kawasaki di Malaysia - Noor Hisham
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada kes penyakit Kawasaki yang menjangkiti kanak-kanak positif COVID-19 di Malaysia setakat ini.

AS pantau penyakit Kawasaki serang kanak-kanak
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengesahkan pihaknya sedang menjalankan pemantauan terhadap kanak-kanak yang dikatakan menghidap penyakit Kawasaki di negara itu.

COVID-19: New York beri amaran kanak-kanak mungkin alami simptom berbeza
Ia susulan kematian tiga kanak-kanak dikaitkan dengan COVID-19, namun menunjukkan simptom keradangan serius seperti sindrom Kawasaki.

Kes penyakit Kawasaki mungkin meningkat akibat COVID-19 - Pakar perubatan
Puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.

Syarikat gergasi Jepun komited tingkatkan pelaburan di Malaysia
Beberapa syarikat gergasi Jepun telah memberi komitmen untuk mengembangkan pelaburan dan perniagaan mereka di Malaysia, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Liga J: Frontale raih tiga mata di laman sendiri
Kawasaki Frontale menewaskan Omiya Ardija 2-1, pada aksi yang berlansung pada Rabu dalam Bola Sepak Liga J.