Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah terjebak dan terpengaruh dengan ideologi songsang yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada negara serta tamadun dunia.
Seri Paduka bertitah pergolakan yang berlaku di seluruh pelosok dunia dan serangan pengganas di beberapa negara seperti Belgium, Turki, Perancis dan Indonesia sejak kebelakangan ini menzahirkan kebimbangan di hati baginda.
Baginda bertitah serangan-serangan itu bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, malah mengakibatkan banyak nyawa terkorban, termasuk orang awam dan rakyat yang tidak berdosa.
"Ini disebabkan angkara kumpulan-kumpulan pengganas dan munculnya kefahaman serta ideologi yang terlalu ekstrem dan taksub kepada kelompok sempit dan menyimpang jauh daripada ajaran Islam sebenar," titah baginda pada majlis menghadap dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, di sini hari ini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, tetamu kehormat dan duta-duta.
Pada majlis hari ini, sebanyak 39 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan daripada keseluruhan 1,546 penerima, yang menerima pingat kebesaran masing-masing.
Tuanku Abdul Halim juga bertitah sambutan keputeraan rasminya hari ini adalah terakhir bagi pemerintahan kedua Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong, yang akan berakhir hujung tahun ini.
Kali pertama Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong adalah dari 1970 hingga 1975.
Baginda turut bertitah: "Apa yang pasti masa berlalu begitu pantas. Beta bersyukur dalam tempoh pemerintahan, Beta diberi kesempatan dan kurnia Allah SWT melihat negara ini berkembang daripada satu fasa ke satu fasa".
Seri Paduka bertitah era pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri ternyata berjaya menongkah arus cabaran ekonomi global dan meletakkan namanya di peta antarabangsa dalam pelbagai pencapaian.
"Beta sukacita dan mengambil maklum mengenai laporan kejayaan Program Transformasi Negara yang bernaung di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional apabila mendapati Petunjuk Prestasi Utama keseluruhan bagi Program Transformasi Kerajaan telah mencapai 99 peratus pencapaian," titah Tuanku Abdul Halim.
Titah Seri Paduka, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi keseluruhan Program Transformasi Ekonomi pula mencapai 111 peratus, manakala menerusi Inisiatif Pembaharuan Strategik pula, 108 peratus KPI telah dicapai.
"Hal sedemikian telah meyakinkan Beta bahawa kerajaan di bawah pimpinan Najib telah mencapai satu tahap prestasi membanggakan, sekali gus sedang memacu Malaysia pada landasan yang betul ke arah negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh direncanakan," titah Baginda.
Baginda juga merakamkan takziah kepada anggota keluarga mangsa-mangsa tragedi helikopter yang terhempas di Batang Lupar, Sarawak sewaktu kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 pada 5 Mei lepas, termasuk bekas Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Noriah Kasnon.
"Beta dan Raja Permaisuri Agong berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan berharap anggota keluarga mangsa dan sanak-saudara akan terus cekal serta bersabar dalam menghadapi insiden malang ini," titah Baginda.
Allahyarham Noriah menerima darjah Panglima Setia Mahkota dalam istiadat hari ini yang membawa gelaran Tan Sri, dengan diwakili anaknya Anis Athirah Mohd Ishak.
Menyentuh mengenai rakyat Malaysia, Tuanku Abdul Halim bertitah: "rakyat Malaysia telah membuktikan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang kita miliki bukanlah satu halangan dan masalah, sebaliknya adalah satu keunikan yang membina kekuatan kita bersama.
"Ini amat bertepatan dengan hasrat dan cita-cita Beta untuk melihat bukan sahaja perpaduan terus terpelihara, tetapi bertambah kukuh dan utuh merentasi semua perkara," titah Baginda.
Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat Malaysia berbilang kaum di negara ini perlu memanfaatkan segala kesempatan yang ada untuk lebih bergaul, mengenali dan memahami antara satu sama lain.
Bernama
Sat Jun 04 2016

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan bertitah ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2016 sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku di Istana Negara, Sabtu. - FotoBERNAMA
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

Jangan mudah terjebak dan terpengaruh ideologi songsang, titah Agong
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah menyeru rakyat Malaysia supaya tidak mudah terjebak dan terpengaruh dengan ideologi songsang yang boleh mengakibatkan kehancuran.