Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat Sarawak supaya tidak alpa terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol yang ditetapkan, khususnya dalam musim perayaan ini bagi mengelak kebangkitan gelombang kedua wabak COVID-19.
Dalam perutusan sempena Hari Raya Aidifitri, beliau berkata di Bumi Kenyalang ini sama seperti umat Islam lain di seluruh dunia, semua merayakan hari kemenangan umat Islam selepas menunaikan ibadah puasa, namun pada tahun ini terpaksa berhadapan dengan keadaan yang luar biasa ekoran perintah-perintah yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat untuk mengekang penularan wabak COVID-19.
"Suasana Aidilfitri kali ini amat berlainan dengan apa yang telah menjadi amalan kita sebagai umat Islam. Kita tidak dibenarkan ke masjid untuk bertakbir dan sembahyang Sunat Aidilfitri, tidak digalakkan menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat secara beramai-ramai kecuali pada hari pertama sahaja, tidak mengadakan rumah terbuka, tidak dibenarkan bersalaman dan dikehendaki menjaga jarak sosial.
"Anggaplah semua ini sebagai dugaan kepada kita dan tanggungjawab bersama untuk memastikan wabak COVID-19 dapat diatasi secepat mungkin," katanya.
Abang Johari juga berterima kasih kepada seluruh rakyat Sarawak kerana mematuhi SOP yang telah ditetapkan di premis-premis perniagaan dan tempat-tempat kerja setelah sektor ekonomi kembali dibuka secara bersyarat mulai 12 Mei yang lalu.
"Pematuhan kepada SOP mengajar kita supaya sentiasa bersabar kerana terpaksa berbaris, menjarakkan diri daripada orang lain di sekeliling kita, bergilir-gilir untuk diperiksa suhu badan, mensanitasi tangan dan sebagainya. Saya berdoa semoga dengan pematuhan ini, kita semua akan bebas daripada jangkitan virus COVID-19," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin kepada kesulitan dan kemusykilan yang dihadapi oleh rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejumlah RM2.6 bilion telah diagihkan untuk melaksanakan program-program Bantuan Khas Sarawakku Sayang atau BKSS 1.0, 2.0 dan 3.0 untuk meringankan beban rakyat sepanjang tempoh pelaksanaan perintah itu.
Di akhir perutusan itu, Abang Johari mengajak semua rakyat Sarawak merayakan hari yang mulia itu dengan semangat muhibbah dan persaudaraan antara sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama, keturunan dan saling menghormarti pegangan agama dan budaya masing-masing.
"Sesungguhnya Islam adalah agama fitrah, dengan keseluruhan ajarannya bermatlamatkan menjaga kemuliaan insan sebagai manifestasi keagungan dan kebesaran Allah S.W.T," katanya yang disusuli ucapan 'Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir dan Batin' kepada semua rakyat Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 23 2020
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyeru rakyat Sarawak supaya tidak alpa terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dan protokol yang ditetapkan, khususnya dalam musim perayaan ini. - Astro AWANI
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.