Pengguna tidak perlu khuatir mengenai paras kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh pakai buang berikutan laporan kandungan toksin yang tinggi dalam alat itu di China, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh adalah rendah iaitu 22 parts per million (ppm) berbanding paras yang ditetapkan oleh Food Sanitation Standard, Food and Drug Administration (FDA) Taiwan iaitu tidak melebihi 500 ppm.
"Kementerian akan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak kebelakangan ini terdapat kebimbangan dalam kalangan orang awam susulan laporan bertajuk "Cheap chopsticks may be toxic, expert says" di laman sesawang usa.chinadaily.com.cn bertarikh 19 Mac 2013 berkaitan kandungan sulfur
dioksida pada paras tinggi dalam penyepit buluh pakai buang di China.
Menurutnya, sulfur dioksida dipercayai digunakan sebagai agen peluntur serta untuk mengelakkan serangan kulat dalam pembuatan penyepit buluh.
Dr Noor Hisham berkata menurut Peraturan-Peraturan Makanan 1985, sulfur dioksida diklasifikasikan sebagai bahan pengawet yang dibenarkan dalam makanan tertentu dan pada paras tertentu.
"Sulfur dioksida tidak berbahaya kepada manusia apabila digunakan dalam kepekatan yang dibenarkan tetapi ia boleh menyebabkan lelah terhadap orang yang sensitif apabila terhidu atau tertelan," katanya.
Beliau berkata jika pengguna ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu perkakas makanan yang terdapat di pasaran tempatan, mereka boleh membuat laporan kepada kementerian melalui pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman web moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
Bernama
Wed Mar 16 2016
Pengguna tidak perlu khuatir mengenai paras kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh pakai buang.
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Jangan khuatir guna penyepit buluh pakai buang - Dr Noor Hisham
Pemantauan Kementerian Kesihatan mendapati kandungan sulfur dioksida dalam penyepit buluh adalah rendah.