Polis Sepang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan perkataan 'bom' walaupun sekadar bergurau ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) kerana ia merupakan kesalahan serius.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan.
"Sepanjang tahun lepas, terdapat tujuh kes yang melibatkan individu yang mengeluarkan perkataan bom iaitu empat di KLIA dan tiga di klia2. Pada tahun ini sahaja bagi tempoh 1 Januari hingga Selasa (3 Mei) sudah ada lapan kes melibatkan perkataan bom dengan dua di KLIA dan enam di klia2.
"Ini merupakan peningkatan membimbangkan jadi saya ingin mengingatkan orang awam supaya tidak mengeluarkan perkataan bom ketika berada di kedua-dua lapangan terbang ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini hari ini.
Mengeluarkan perkataan bom walaupun tiada ancaman tetap dianggap satu kesalahan serius, ia tidak boleh diucapkan sesuka hati, tambah Abdul Aziz.
Tambah beliau, individu yang mengeluarkan perkataan bom ketika di KLIA atau klia2 akan ditahan dan dibawa ke IPD Sepang, menyebabkan mereka terlepas peluang menaiki penerbangan ke destinasi yang dihajati.
"Ini akan menyebabkan mereka menanggung rugi apabila tidak dapat menaiki pesawat dan terpaksa membeli tiket yang baharu," katanya dan menambah kes terbaru dilaporkan di klia2 dua hari lalu.
Jelas Abdul Aziz mengikut Kod 92 Aiport Emergency Plan, mengeluarkan perkataan bom adalah dikategorikan sebagai salah satu unsur ancaman dan ia merupakan satu kesalahan serius walaupun dengan niat bergurau atau menunjukkan rasa tidak puas hati.
Katanya, individu yang ditangkap kerana mengeluarkan perkataan bom di lapangan terbang boleh dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah.
Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksima penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Jelas Abdul Aziz, kesemua 15 individu yang ditahan di KLIA dan klia2 hingga Selasa kerana menggunakan perkataan bom ketika di lapangan terbang atau sebelum pesawat berlepas sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Sepang.
"Daripada 15 individu yang ditahan itu hanya dua warga asing, selebihnya adalah warganegara Malaysia.
"Kebanyakan mereka ditahan polis bantuan Malaysia Airports Holdings Berhad ketika berada di bahagian pemeriksaan bagasi, manakala seorang warga asing ditahan di dalam pesawat sebelum penerbangan berlepas," katanya.
Bernama
Wed May 04 2016
![Jangan keluarkan perkataan 'bom' di KLIA, klia2 - Polis Jangan keluarkan perkataan 'bom' di KLIA, klia2 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51462345443_POLISKLIA.jpg)
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata peningkatan ketara kes yang melibatkan perkataan bom di KLIA dan klia2 pada tahun ini adalah membimbangkan. - Foto BERNAMA
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731155107_PakistanRailwayBla.jpg)
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
![AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730303389_gaza.jpg)
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
![Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727149286_Diplomat.jpg)
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
![Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727040014_HalaBalaWildlifeS.jpg)
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
![Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726908648_Beirutssouthernsu.jpg)
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
![28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan 28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721144906_TBMAPBANNU.jpg)
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716769608_Israelifighterjets.jpg)
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
![Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715080478_Narathiwatbom.jpg)
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
![Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711123266_PiyawatChalermsri.jpg)
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.