Rakyat negara ini diminta tidak menjadi agen promosi Kumpulan IS dengan memakai baju atau sebarang penerbitan yang dilarang Kerajaan.
Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, individu berkenaan juga boleh dikira cuba menunjuk degil dan melanggar undang-undang.
"Jadi bila ada orang tunjuk pakaian atau apa sahaja yang berlambang IS, itu bermakna mereka menyokong, jadi kita kena tangkaplah.
"Bila sudah dilarang usahlah buat, kenapa hendak buat, kenapa hendak tunjuk degil? Hendak tunjuk hero? Jangan salah tafsir pula kata kerajaan zalim," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Harussani mengulas dakwaan ke atas seorang anggota komando, Muhammad Adibzakir Zahri, 28, dari Kem Rejimen 21 Komando, Sungai Udang di Mahkamah Majistret kerana memiliki item penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, pada Ogos lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, seorang penganggur, Nazirul Abidin Thalha, 28, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi kerana memiliki 15 bahan penerbitan berkaitan dengan perbuatan pengganas.
Antara 15 bahan penerbitan itu adalah ‘The Islamic State’, ‘How To Survive In The West: A Mujahid Guide’ dan ‘Hijrah To The Islamic’
Nazirul menjadi individu pertama didakwa di bawah Seksyen 13JB(1)(a).
Sementara itu, ketika ditanya kesalahan lain yang berkaitan pemakaian dan melanggar ajaran Islam, ini kata Dr Harussani;
"Jika pakai baju berlambang syaitan pun salah, kalau baju itu menunjukkan gambar perempuan juga salah, ini yang selalu dipakai anak-anak muda hari ini terutamanya tanpa mengetahui ia sebenarnya salah."
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata, seramai 92 suspek ditangkap bahagian counter terrorism Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2013 kerana disyaki merancang melakukan keganasan di ibu negara dan terbabit aktiviti militan di Syria.
Tegas Khalid, kesemua mereka ditangkap di bawah kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Sehingga kini dipercayai hampir 63 rakyat Malaysia berada di Syria bagi berjuang bersama kumpulan militan IS.
Wan Syamsul Amly
Tue Oct 06 2015
MUFTI PERAK: Jadi bila ada orang tunjuk pakaian atau apa sahaja yang berlambang IS, itu bermakna mereka menyokong, jadi kita kena tangkaplah - Gambar fail
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kerja pembersihan sisa kimia dijalankan pada Selasa
Kerja-kerja pembersihan sisa bahan kimia yang dibuang secara haram di Kawasan Perindustrian Tiong Nam dan Kawasan Perindustrian Tropika, Johor bermula pada Selasa.
Suara Rakyat: Ibu bapa gesa UPSR, PT3 dikembalikan semula
Ibu bapa menggesa supaya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dikembalikan secepat mungkin bagi membolehkan penilaian kecenderungan kanak-kanak dibuat dari peringkat awal.
Banjir di Kedah makin memburuk
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang mangsa daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Ahli GISB dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Rabu
Berdasarkan pemakluman kepada media, individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di Mahkamah Putrajaya pada Rabu.
523 mangsa ditempatkan di 10 PPS
Seramai 523 mangsa banjir membabitkan 139 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara di Pulau Pinang. Daerah Seberang Perai Utara mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi membabitkan 351 mangsa daripada 87 keluarga.
Mangsa banjir di Kedah terus meningkat, 2,039 orang di PPS
Pertambahan itu direkodkan pada jam 11 malam tadi berbanding jumlah yang dilaporkan pada 8 malam iaitu seramai 1,018 mangsa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 September 2024.
Warga emas maut dihempap pokok
Seorang lelaki warga emas maut manakala cucunya cedera apabila dihempap pokok tumbang ketika sedang berkhemah.
Thailand nafi pelajar ditahan mempunyai hubungan dengan kumpulan IS
Pada Sabtu, Kedutaan Besar Diraja Thailand di Kaherah mengesahkan bahawa agensi keselamatan Mesir telah menahan seorang pelajar Thailand untuk disoal.