KUALA LUMPUR:Mana-mana pemimpin parti diingatkan tidak mengheret institusi istana khususnya Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke dalam kancah politik semata-mata untuk menjayakan agenda peribadi mereka.
Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee berkata, mereka juga dinasihatkan agar tidak menangguk di air keruh dengan menjadikan kes COVID-19 sebagai senjata politik untuk meruntuhkan kerajaan sedia ada.
Jelasnya, ia dapat diperhatikan dengan langkah menonjolkan individu tertentu sebagai layak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
"Sebelum ini saya telah menjelaskan bahawa demokrasi tidak menghalang mana-mana pihak atau individu meraih kuasa politik untuk berkuasa, tetapi perjalanannya biarlah beretika, menuruti kaedah yang ditetapkan dan tidak mencetuskan ruang perpecahan dalam kalangan rakyat.
"Justeru, adalah lebih bermanfaat sekiranya pemimpin politik di negara ini khususnya yang mewakili kelompok Melayu berganding bahu dan berkongsi buah fikiran untuk sama-sama mencari jalan membantu kerajaan menangani kehidupan rakyat yang semakin tertekan akibat pandemik COVID-19.
"Untuk menukar kerajaan atau jika ada yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri, serahlah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka melalui proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya.
BACA: Cabar pengisytiharan darurat? PH hanya menyanggah keputusan PM - Anwar
BACA: Pembangkang perlu hati-hati mahu sidang Parlimen, usah desak tukar kerajaan - Pakar perlembagaan
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan yang mengatakannya mencabar pengisytiharan darurat adalah gembar-gembur politik sahaja.
Beliau menegaskan permohonan di Mahkamah Tinggi itu adalah bagi mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman berhubung peranan Perdana Menteri dalam pengisytiharan darurat dan penggantungan Parlimen.
Dalam pada itu tegas Syed Ali, tidak wajar pemimpin politik menuding jari menyalahkan antara satu sama lain berikutan penambahan kes penularan COVID-19 di negara ini.
Ujarnya, menyalahkan pihak tertentu tidak akan menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya akan menambahkan lagi kegusaran rakyat dan memberi kesan tidak baik kepada negara.
Astro Awani
Fri Jan 29 2021
Untuk menukar kerajaan, serahlah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka melalui proses PRU-15, kata Syed Ali. - Astro AWANI
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.
FGV diarah kemuka pembelaan saman sebelum 4 Disember
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan FGV Bulkers Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung FGV, untuk mengemukakan pembelaan saman sebelum 4 Disember 2024 berkaitan dakwaan pelanggaran perjanjian bekalan isirong tandan sawit.
DRB-Hicom terkesan penurunan jualan kenderaan, kerugian Pos Malaysia
Pendapatan sembilan bulan pertama DRB-Hicom Bhd bagi tahun kewangan 2024 terkesan disebabkan penurunan jualan kenderaan dan perkhidmatan pos.
Hutang RM1.24 trilion diuruskan secara bertanggungjawab, tiada krisis
Pakar Ekonomi menyifatkan hutang negara berjumlah RM1.24 trilion tidak membimbangkan kerana nisbah hutang kepada KDNK kekal di bawah 90 peratus.
[TERKINI] Penjawat awam Negeri Sembilan, P. Pinang terima bonus
Kerajaan Negeri Sembilan memberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji manakala Kerajaan Pulau Pinang memberi setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri tahun depan
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
M Nasir terima Ijazah Kehormat UPSI
Datuk M Nasir akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini pada Sabtu.
Waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant, kemenangan dunia
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
Keputusan ICC keluarkan waran tangkap terhadap Netanyahu tindakan wajar - PM Anwar
Keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza adalah wajar.
Sembilan kementerian selesai gulung Belanjawan 2025 peringkat jawatankuasa, PM Anwar hadir MQT
Sidang minggu ini juga menyaksikan kehadiran Anwar pada sesi MQT bagi menjawab beberapa isu selepas beliau pulang daripada lawatan luar negara.
PM Anwar mahu Malaysia jadi negara MADANI yang hidupkan penghayatan roh Islam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Malaysia dikenali sebagai negara MADANI yang gigih berusaha memacu pertumbuhan, tetapi dalam masa yang sama menghidupkan penghayatan roh Islam.
Malaysia, Vietnam sepakat perkasa pelbagai bidang termasuk Grid Kuasa ASEAN - Anwar
Malaysia dan Vietnam komited memperkasa usahasama dalam pertahanan, maritim, digital dan sektor tenaga termasuk membabitkan Grid Kuasa ASEAN.
Hubungan dua hala baik dengan empat negara dikunjungi buahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata ini boleh dilihat menerusi persetujuan Mesir untuk meningkatkan jumlah import sawit dari Malaysia serta menjadi pelabuhan bagi eksport produk sawit ke negara-negara Afrika yang berjiran.
Dakwaan rasuah: Siasatan terhadap ADUN Sabah diteruskan, tiada usaha sekat - PM
SPRM telah memaklumkan bahawa ADUN-ADUN terbabit telah dipanggil bagi membantu siasatan yang dikaitkan dengan mereka.
'Tak apalah Bersih bagi D... bukan F' - PM Anwar
Perdana Menteri optimis pentadbirannya akan mencapai 'gred' yang lebih baik pada masa akan datang.
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.