Rakyat tidak digalakkan untuk mendesak doktor memberikan antibiotik sebagai rawatan terutamanya terhadap jangkitan virus seperti batuk dan selsema.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini kerana kebanyakan jangkitan yang berpunca dari virus tidak akan terkesan dengan antibiotik.
"Penggunaan antibiotik secara tidak wajar dan berleluasa boleh mengakibatkan kerintangan antibiotik.
"Kerintangan antibiotik menyebabkan antibiotik yang biasa digunakan tidak lagi berkesan," kata Dr. Noor Hisham dalam satu kenyataan.
Dr. Noor Hisham menjelaskan contoh penyakit yang memerlukan antibiotik adalah seperti jangkitan paru-paru dan jangkitan darah
Jelasnya, antibiotik perlu digunakan dengan berhati-hati bagi memastikan ia kekal berkesan untuk seberapa lama yang boleh.
"Jika digunakan secara berlebihan juga berbahaya, saya nasihatkan masyarakat perlu dapatkan nasihat yang tepat daripada pakar," katanya.
Selain itu, Dr. Noor Hisham turut menasihatkan untuk mengamal langkah pencegahan jangkitan seperti pengambilan vaksin, penjagaan kebersihan diri, dan pemakanan sihat.
Sekiranya pesakit memerlukan rawatan antibiotik, pesakit perlu mematuhi nasihat ahli profesional kesihatan tentang cara pengambilan antibiotik yang betul termasuk dos dan tempoh rawatan yang diperlukan, serta tidak berkongsi antibiotik dengan orang lain.
Antibiotik adalah sejenis ubat dikawal di bawah akta sedia ada yang mana ia hanya boleh dibekalkan oleh pengamal perubatan dan veterinar berdaftar serta ahli farmasi berlesen dengan preskripsi yang sah.
Tambahnya, penjualan antibiotik secara atas talian adalah dilarang di bawah Akta yang sama.
Penguatkuasaan oleh KKM terhadap penjualan ubat seperti antibiotik dijalankan secara berterusan termasuk rampasan antibiotik bagi kes pelanggaran di bawah Akta Racun 1952.
Beliau menegaskan, penggunaan antibiotik juga sentiasa dipantau melalui aktiviti survelan penggunaan antibiotik yang dijalankan sepanjang tahun di hospital KKM, Hospital Angkatan Tentera, hospital universiti, hospital swasta dan klinik kesihatan.
Dania Zainuddin
Wed Nov 15 2017
![Jangan desak doktor beri antibiotik - KKM Jangan desak doktor beri antibiotik - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81510740499_Pills.jpg)
"Kerintangan antibiotik menyebabkan antibiotik yang biasa digunakan tidak lagi berkesan," kata Dr. Noor Hisham
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716161820_KingSalman.jpg)
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
![Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka - Norman Hakim Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka - Norman Hakim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694357103_Marissadania.jpg)
"Yang salah tetap salah, pintu taubat sentiasa terbuka" - Norman Hakim
Bapa kepada pempengaruh yang terpalit dengan tuduhan penyondol rumah tangga pasangan muda, Marissa Dania Hakim, Norman Hakim akhirnya bersuara.
![Batuk Kokol: Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan - Pakar Kesihatan Awam Batuk Kokol: Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan - Pakar Kesihatan Awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61617221582_cough.jpg)
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.
![Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51685332914_TBgigi.jpg)
Warga emas Thailand maut selepas cabut 12 batang gigi
Seorang warga emas maut selepas 12 batang giginya dicabut dan menyebabkan pendarahan tidak terkawal di Hospital Singburi, Thailand.
![Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626102607_KementerianKesihata.jpg)
Produk kosmetik Skin Revolution dikesan mengandungi racun berjadual
Notifikasi produk itu telah dibatalkan sekali gus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di negara ini.
![MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41563897647_TBAhmadFaizalAzum.jpg)
MB Perak bertopang ke DUN akibat ekzema
Berikutan itu, Ahmad Faizal kini perlu menjalani rawatan antibiotik selama tiga hari dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat di hospital.
![Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562655418_TBAINUL.jpg)
Ainul tak sihat, keluarga tangguh hasrat pulang ke Malaysia
Mereka sepatutnya menaiki penerbangan jam 9.35 malam tadi (waktu United Kingdom), namun terpaksa menangguhkannya kerana tidak mendapat kebenaran doktor.
![Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/51490058105_pills.jpg)
Tidak semua demam, jangkitan memerlukan antibiotik - Dr Lee
Beliau berkata, contohnya jangkitan viral, tidak memerlukan sebarang antibiotik dan orang ramai tidak perlu meminta antibiotik daripada doktor untuk setiap penyakit.
![Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/81538010793_menterikesihatan.jpg)
Malaysia mohon kos ujian, rawatan TB dikaji semula
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata kos ujian dan rawatan yang tinggi melibatkan penyakit TB perlu dikaji semula.
![Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/61535477185_tilapia.jpg)
Ikan tilapia di Malaysia selamat dimakan
Pihaknya telah melaksanakan pemantauan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) dan 'Sanitary and Phytosanitary' (SPS) dari masa ke semasa.