Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang
Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.
Beliau berkata ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.
"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala 'Arab Springs', Azraful berkata ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda 'Arab Springs', termasuk Syria.
Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika 'Arab Springs' menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang.
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) konflik di Syria yang tercetus sejak Mac 2011 telah meragut lebih 60,000 nyawa setakat ini, manakala beratus-ratus ribu lagi rakyat negara itu menjadi pelarian.
Sementara itu, Yang dipertua MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Ahmad Shukran Shaharudin berkata jika 'Arab Spring' menular ke negara ini ia bukan sahaja bakal meragut nyawa mereka yang tidak berdosa, malah mendatangkan kerugian dari segi wang ringgit, masa dan tenaga.
"Apa pun yang berlaku hari ini, pokok pangkalnya adalah kesedaran rakyat dan sejauh mana mereka boleh berfikir secara rasional?
"Kerajaan dah bagi macam-macam, kenapa masih ada lagi pihak yang cuba melakukan provokasi sehingga mencetuskan kemarahan rakyat?
Yang dipertua MPP Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Muhamad Noor Rushdan Abdullah pula berkata protes jalanan bukanlah satu tindakan yang profesional dan ia dibuat demi kepentingan masing-masing tanpa menghiraukan nasib orang ramai.
"Semua pihak harus lakukan yang terbaik untuk negara dan agama. Kenapa mesti nak ikut tindakan negatif yang timbul di negara luar?," katanya.
Muhamad Noor Rushdan juga menasihatkan para mahasiswa supaya tidak terlibat dengan sebarang protes, sebaliknya mereka selaku individu terpelajar wajar bijak membuat pilihan.
Bernama
Wed Jan 09 2013

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Jangan cetus huru hara jika ikhlas bela nasib rakyat
Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat.