TAWAU: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Tawau menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial kononnya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di seluruh daerah itu.
Pengerusi PKOB Tawau Arnold Joibi berkata setakat ini belum ada cadangan untuk menguatkuasakan PKPD sekalipun Tawau merekodkan kes harian COVID-19 yang tinggi setiap hari.
"Saya harap orang ramai mendapatkan maklumat tepat melalui kenyataan rasmi dalam sidang media mengenai COVID-19 di Sabah," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, di sini hari ini.
Beliau berkata pada masa ini pihaknya menumpukan pencegahan pada peringkat lokaliti tertentu bagi memastikan trend kes COVID-19 di Tawau dapat dilandaikan semula.
Sejak 1 April hingga kini terdapat 20 lokaliti PKPD di Tawau melibatkan lebih 28,000 penduduk.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G. Navindran berkata seramai 5,000 warga emas telah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dalam fasa dua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Bagi yang mempunyai penyakit dan perlu mengambil ubat, mereka dinasihatkan agar membawa bersama ubat tersebut ketika datang mendapatkan suntikan vaksin bagi membolehkan doktor menilai tahap kesihatan individu berkenaan, katanya.
Menurutnya seramai 240 individu menerima dos pertama vaksin hari ini.
Sementara itu, Dr Navindran berkata sebanyak 46 kompaun RM1,000 hingga RM10,000 dikeluarkan pihaknya sepanjang penguatkuasaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau pada awal bulan ini.
Pesalah kali pertama boleh memohon pengurangan denda dengan hadir di Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau dalam tempoh 48 jam selepas dikompaun, namun bagi kesalahan berulang, pesalah tidak layak menerima pengurangan kompaun, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
Setakat ini belum ada cadangan untuk menguatkuasakan PKPD sekalipun Tawau merekodkan kes harian COVID-19 yang tinggi setiap hari. - Gambar fail
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Gempa bumi Mindanao: Gegaran dirasai di Kota Kinabalu dan Tawau
Pasukan bomba turut melakukan pemantauan di daerah lain antaranya Ranau, lokasi Gunung Kinabalu, Penampang, Lahad Datu dan Sandakan.
Lelaki maut tercampak nahas tiga kenderaan
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
KPKM sasar 5,000 Program Jualan Agro Madani seluruh negara
Jelas Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, Program Jualan Agro Madani (JAM) bertujuan memastikan nasib golongan kurang mampu sentiasa terpelihara dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
CAAM sahkan penerbangan MH2664 ke Tawau berpatah balik
Penerbangan MH2664 dilaporkan berlepas 2.45 petang sebelum berpatah balik ke KLIA.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Kebakaran Tawau: Seramai 286 orang dipindahkan ke PPS pagi ini
Satu lagi PPS telah dibuka iaitu Dewan OT Mohd Jantan Tanjung Batu Darat di sini, namun setakat ini masih tiada mangsa dipindahkan.
45 rumah atas air musnah dalam kebakaran di Tawau
Sebanyak 45 rumah yang dibina di atas air musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Tanjung Batu Laut Logpond petang ini.
Kes bunuh pemandu e-hailing: Ada kesan darah pada kereta Myvi - Polis
Mahkamah diberitahu bahawa terdapat kesan darah di dalam dan di luar kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dijumpai di ladang kelapa sawit.
Kanak-kanak dua tahun ditemukan lemas di Tawau
Kanak-kanak dua tahun yang dilaporkan jatuh di muara sungai di belakang rumah di Tawau petang semalam, ditemukan lemas pagi tadi.
Malaysia, Indonesia mulakan Eksesais Kekar Malindo di Tawau, Kalabakan
Sebanyak 647 pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia serta Angkatan Darat Tentera Nasional Indonesia memulakan Eksesais Kekar Malindo hari ini.