Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berharap tidak ada mana-mana pihak membuat spekulasi tidak berasas mengenai berita kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Kevin Anthony Morais.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Azam Baki dalam satu kenyataan juga tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian ini dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.
Azam turut berharap Kevin Morais ditemui dengan selamat secepat yang mungkin.
“(Kami) berharap keluarga beliau akan bersabar sementara pihak Polis Diraja Malaysia sedang bertindak untuk mengesan beliau,” kata beliau dalam kenyataan itu.
Tambahnya, Kevin Morais pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM dan telah mewakili SPRM sebagai Timbalan Pendakwa Raya selama hampir 10 tahun sebelum kembali ke Jabatan Peguam Negara pada 1 Julai 2014.
“Beliau seorang yang sangat berdedikasi dan berkomited dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab sebagai Timbalan Pendakwa Raya, serta seorang yang sangat peramah.
“Sepanjang tempoh bertindak sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Kevin Morais telah mengendalikan banyak kes berprofil tinggi dan sehingga kini masih mengendalikan beberapa kes melibatkan SPRM,” katanya.
Difahamkan kali terakhir dia dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta untuk keluar bekerja pada pagi Jumaat lalu, menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dengan nombor pendaftaran
WA 6264 Q.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan masih dijalankan untuk memastikan jika kes kereta rentung yang ditemukan di Hutan Melintang ada kaitan dengan kes kehilangan Kevin Morais yang dilaporkan hilang sejak Jumaat.
Astro Awani
Sun Sep 06 2015
![Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441514990_AnthonyKevinMorais.jpg)
SPRM tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian kehilangan Kevin Morais dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/51441547522_AnthonyKevinMorais.jpg)
Polis percaya Kevin Morais dilarikan sekumpulan lelaki
Polis percaya Kevin Anthony Morais dilarikan sekumpulan lelaki berdasarkan rakaman CCTV di sepanjang laluan mangsa ketika keluar rumah.
![Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441514990_AnthonyKevinMorais.jpg)
Jangan buat spekulasi tidak berasas tentang kehilangan Kevin Morais - SPRM
SPRM juga tidak mahu mana-mana pihak mengaitkan kejadian ini dengan mana-mana siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM, dan juga siasatan polis berhubung kebocoran maklumat.
![Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61441542842_KeretaTerbakar.jpg)
Masih awal untuk kaitkan penemuan kereta dengan mana-mana individu - Polis
Masih terlalu awal untuk mengaitkan kenderaan yang ditemui di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak dengan individu yang memegang jawatan sebagai Kevin Anthony Morais.
![Bekas pegawai pendakwa SPRM 'hilang' Bekas pegawai pendakwa SPRM 'hilang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Bekas pegawai pendakwa SPRM 'hilang'
Polis mengesahkan terdapat laporan dibuat berkenaan kehilangan Timbalan Pendakwaraya, Kevin Anthony Morais dari Jabatan Peguam Negara.