KOTA KINABALU:Polis Sabah menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden 'dentuman' yang difahamkan berlaku di kawasan Pantai Barat negeri itu, tengah hari tadi.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya kini menyiasat perkara itu dengan menyeluruh dan masih mengenal pasti punca bunyi bising seakan letupan berkenaan.
"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah membuat sebarang kenyataan terutamanya di laman sosial tanpa mendapat maklumat sahih," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Ahad.
Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang individu tampil membuat laporan berhubung kes berkenaan.
"Tiada sebarang letupan atau gegaran dilaporkan setakat ini.
BACA: Bunyi letupan bagai guruh, gegaran gemparkan penduduk Sabah
"Siasatan telah dijalankan dan kami sudah menghubungi beberapa lokasi serta syarikat berkaitan seperti Asian Supply Base, Petronas Chemical Methanol dan Shell Hibiscus akan tetapi, tiada sebarang insiden dilaporkan.
"Terdapat laporan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan Pantai Barat itu sebenarnya berlaku di Muara Teluk Brunei, Brunei Darussalam," katanya.
Jelas Hazani, polis akan menjalankan pemantauan secara menyeluruh dan memaklumkan segera sekiranya mempunyai maklumat sahih mengenai kejadian itu.
Selain itu, Pusat Kajigempa Kebangsaan Brunei, Jabatan Kerja Raya negara itu dalam portal rasminya mendedahkan terdapat gelombang seismik sederhana direkodkan pusat berkenaan pada 11.03 pagi Ahad.
Bagaimanapun, ia masih tidak jelas sama ada gelombang seismik itu disebabkan oleh gempa bumi atau gegaran di Brunei mahupun negara jiran.
Malah, portal itu mengesahkan gegaran dirasai di beberapa lokasi di negara berkenaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan Balai Polis Muara di Brunei ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu tetapi mengatakan tidak menerima laporan sehingga jam 1 tengah hari.
Terdahulu, Pengarah Meteorologi Negeri Sabah, Amir Zudi Hashim ketika dihubungi turut mendedahkan kejadian itu tidak berkaitan dengan sebarang insiden melibatkan fenomena alam.
Syah Hairizal Kamalul Arifin, Eleanor Michelle Patrick
Sun Jan 31 2021
![Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81612074500_bunyiletupan.jpg)
Polis akan menjalankan pemantauan secara menyeluruh dan memaklumkan segera sekiranya mempunyai maklumat sahih mengenai kejadian itu. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Dentuman tanah runtuh disangka kerja pembinaan Dentuman tanah runtuh disangka kerja pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81706965226_TBtanahruntuh.jpg)
Dentuman tanah runtuh disangka kerja pembinaan
Seorang penduduk mendengar dan merasai dentuman berserta gegaran itu beberapa kali ketika sedang tidur dalam bilik kira-kira 10 pagi tadi.
![Tanah runtuh Bukit Permai: Lampu rumah berkelip disusuli dentuman kuat - Saksi Tanah runtuh Bukit Permai: Lampu rumah berkelip disusuli dentuman kuat - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646960053_WongAhMoi.jpg)
Tanah runtuh Bukit Permai: Lampu rumah berkelip disusuli dentuman kuat - Saksi
Sejak menetap di kawasan perumahan terbabit kira-kira 20 tahun yang lalu, tidak pernah kejadian seumpamanya berlaku.
![Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81612074500_bunyiletupan.jpg)
Jangan buat spekulasi insiden 'dentuman' - Polis Sabah
Polis Sabah menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden 'dentuman' yang difahamkan berlaku di kawasan Pantai Barat negeri ini, tengah hari tadi.