Hanya lapan peratus penjualan tiket dicatat pada permulaan minggu kedua Ramadan menunjukkan sikap rakyat negara ini yang suka membeli tiket untuk pulang berhari raya pada saat-saat akhir.
Pengurus Kanan Operasi Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Faizal Redza Redzuan berkata, trend itu menjadikan kerumitan kepada orang ramai sendiri yang disifatkan perlu merancang setiap perjalanan pulang ke kampung pada musim perayaan.
"Hanya lapan peratus sahaja, walau ia dijangka meningkat sekitar minggu ketiga Ramadan, ia membuktikan kurang perancangan dibuat masyarakat yang ingin pulang berhari raya.
"Kebanyakan pelanggan menunggu sehingga saat akhir untuk membeli tiket, jadi kita minta rakyat Malaysia yang ingin beraya di kampung halaman supaya membeli tiket awal bagi mengelakkan masalah kehabisan tiket,'' katanya.
Ujarnya, penjualan tiket telah bermula sebulan awal menggunakan sistem tiket bersepadu dan semua syarikat bas telah memuat naik semua jadual perjalanan bagi memudahkan pengguna.
Kaunter di TBS dibuka 24 jam sehari untuk kemudahan orang ramai.
Secara purata, TBS yang menguruskan perjalanan bas ke selatan merekodkan sebanyak 120,000 keping jualan tiket apabila tiba musim perayaan.
TBS merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia yang siap pada November 2010.
Dalam pada itu, tiket bagi perkhidmatan kereta api ke Pantai Timur bermula 20 hingga 27 Julai telah habis dijual.
Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antara Bandar, Mohd Noordin Kimi berkata sebanyak 11,000 tiket ke pantai timur telah habis dijual setakat ini namun masih terdapat 1,824 tiket perjalanan bagi tarikh sebelum 20 Julai.
Katanya, sejumlah 17,571 daripada keseluruhan 26,808 tiket untuk tren berjadual ke seluruh negara telah habis dijual setakat ini.
"Perkhidmatan tambahan akan disediakan ke semua destinasi namun ia akan diumumkan kemudian," katanya.
Jelas Mohd Noordin, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tiket dan waktu perjalanan kereta api boleh melayari laman sesawang di www.ktmb.com.my atau menghubungi pusat maklumat KTMB di talian 03-22671200.
Astro Awani
Sun Jul 06 2014
![Jangan beli tiket 'last minute' Jangan beli tiket 'last minute'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-07/71373611476_295x200.jpg)
Jangan beli tiket 'last minute'
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714444528_Pesaratenterajpg.jpg)
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
![Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712591364_DatukLokmanJamaan.jpg)
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
![Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712567072_Kemalangan.jpg)
Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.
![Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712462265_pelajarUniversiti.jpg)
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
![32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir 32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/41440220003_carcrash.jpg)
32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.
![Pemandu maut, bas rempuh belakang lori Pemandu maut, bas rempuh belakang lori](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698211400_rempuh.jpg)
Pemandu maut, bas rempuh belakang lori
Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah lori di KM220.7 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini awal pagi ini.
![Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71693874639_TBkudaPoni.jpg)
Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.
![PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71690947683_AliasRazak.jpg)
PRN: Pas minta SPR sedia bas bantu pengundi luar balik mengundi
SPR diminta menyediakan perkhidmatan bas bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi semasa pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
![Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71688181786_fire.jpg)
Sekurang-kurangnya 25 maut kebakaran bas
Sekurang-kurangnya 25 orang maut manakala lapan lagi penumpang cedera apabila sebuah bas yang dinaiki terbakar di barat India awal Sabtu.
![Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675891333_TBBUSCRASHED.jpg)
Dua kanak-kanak maut dirempuh bas di pusat jagaan
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika orang ramai sedang menghantar anak-anak mereka ke pusat jagaan tersebut.