JOHOR BAHRU:Orang ramai dinasihati agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir sama ada untuk berpindah sendiri dari kediaman mahupun meredah banjir menggunakan kenderaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Johor Datuk Yahaya Madis berkata tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan kerana kekuatan arus dan kedalaman air semasa banjir sekarang sukar dijangka dan boleh membahayakan keselamatan diri sendiri.
"Kita tidak boleh jangka deras air dan kedalamannya...ambil masa dan tunggu kenderaan lain, jika ada kenderaan lebih besar dan berat lalu dahulu, kita boleh dapat buat jangkaan.
Jangan bersendirian mengharung air dan menyebabkan kereta dihanyutkan oleh air...jika masuk jalan yang tidak biasa lalu dan nampak ada air, berhenti dahulu dan dapatkan maklumat," katanya.
BACA: Banjir Pahang: Ibu dan anak hanyut selepas bot dinaiki terbalik
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan udara di Kluang, Kota Tinggi dan Mersing dengan menaiki sebuah helikopter AW 139 dari Unit Udara JBPM, di sini, hari ini.
Sementara itu, Yahaya sekali lagi menasihatkan orang ramai agar segera berpindah ke pusat pemindahan banjir apabila diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa dan tidak membuat andaian sendiri bahawa banjir tidak berbahaya.
Beliau berkata orang ramai perlu segera berkemas dan bersiap sedia keluar ke tempat yang selamat dengan segera berhubung dengan pihak bomba atau agensi lain untuk bantuan dan jangan membahayakan diri serta keluarga dengan berpindah sendiri.
"Saya harap penduduk faham tugas kami...banyak tempat kami ronda dan beri nasihat, jadi mohon beri kerjasama supaya tidak membuang masa kami dengan terpaksa memujuk lama untuk keluar pindah," katanya.
Mengenai pemantauannya dari udara hari ini, Yahaya berkata walaupun hujan dilihat reda pada hari ini namun Bandar Kota Tinggi dan kawasan pedalaman Mersing masih dinaiki air.
"Daerah lain seperti Johor Bahru dan Kluang pada dasarnya telah beransur baik dan keadaan cuaca juga kita harap berterusan tidak hujan seperti dua hari lepas yang terus menerus," katanya.
Beliau berkata seramai 1,221 pegawai dan anggota bomba di negeri ini telah dikerahkan sejak dua hari lepas dengan persediaan sebanyak 42 bot antaranya amfibia dan gentian, 43 unit pacuan empat roda, sembilan lori dan 18 Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 04 2021
Pengarah Bomba Johor Datuk Yahaya Madis meninjau keadaan banjir sekitar Kota Tinggi-Kluang-Mersing hari ini. - Foto BERNAMA
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
3 sekeluarga nyaris maut kenderaan dihanyut banjir
Pemandu pacuan empat roda itu cuba meredah banjir walaupun jalan berkenaan sudah ditutup bagi semua jenis kenderaan.
Jangan bahayakan diri redah banjir - Bomba
Orang ramai dinasihati agar tidak membahayakan diri sendiri dengan meredah banjir sama ada untuk berpindah sendiri dari kediaman mahupun meredah banjir menggunakan kenderaan.