JOHOR BAHRU: Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, di sini, pada Rabu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) yang bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.
Tertuduh, Datuk Teo Wee Cheng, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang berusia 65 tahun itu didakwa secara rasuah telah meminta suapan bernilai RM11.375 juta, yang merupakan 10 peratus daripada harga kontrak tender bagi dua buah projek di bawah Jana Wibawa.
Ia sebagai dorongan untuk membantu Syarikat Muar Usaha Bakti Sendirian Berhad bagi mendapatkan projek 'Menaik Taraf Jalan Pintasan dari Jalan Sawah Baru (J160) ke Tenang Stesyen (FT001), Segamat, Johor.'
Selain turut bersetuju melantik Syarikat TS Dinamic Construction Sendirian Berhad, sebagai sub-kontraktor bagi projek 'Membina Jalan dari Kampung Belukar Durian ke Persimpangan Felda Waha, Sedili, Kota Tinggi, Johor (Fasa 2).'
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat syarikat, dekat Jalan Majidi, Muar pada Julai 2021, serta Mei dan Jun, tahun lepas.
Bagi perbuatan sama, bapa kepada empat anak itu turut didakwa, secara rasuah menerima sejumlah wang tunai bernilai RM1.5 juta.
Tertuduh dilaporkan melakukan perbuatan tersebut antara 20 Ogos 2021 hingga 15 November lepas, di Pejabat SSH Furniture Sendirian Berhad, Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar.
Kes didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) 2009, dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) Akta sama.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM500,000 kepada tertuduh dengan seorang penjamin tempatan.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan agar pasport tertuduh diserahkan kepada pihak mahkamah sementara pendakwaan kes berlangsung.
Manakala 17 Mei ini ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Akram Gharib dan Chan Choon Yew, manakala tertuduh diwakili peguam, Cains Tan.
Muhammad Aiman Hakeem
Wed Feb 22 2023
![Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta Jana Wibawa: Pengarah syarikat didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677042322_TeoWeeCheng.jpg)
Seorang pengarah syarikat perabot di Pagoh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pada Rabu, atas sembilan pertuduhan meminta dan menerima rasuah berhubung Program Jana Wibawa yang bernilai RM12.875 juta, sejak dua tahun lalu.
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Bantuan ke Gaza meningkat, tapi masih tertangguh - PBB
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan bahawa aliran bantuan ke Gaza meningkat sejak gencatan senjata bermula bulan lalu, termasuk barangan seperti khemah yang sebelum ini dikenakan sekatan oleh Israel.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
Namun, terdapat kebimbangan bahawa ketenangan rapuh itu mungkin tidak akan berkekalan.
RM30 juta geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya berkata kolaborasi antara pihak kementeriaan, persatuaan , NGO dan penggiat industri yang minat dengan karya agung negara boleh membantu usaha memperlihatkan kecantikan karya agung negara di mata dunia.
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Geran sokongan sektor kebudayaan telah diberikan satu jumlah yang cukup besar RM30 juta”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
[TERKINI] Kerajaan belum beri lesen tiga syarikat pusat pemeriksaan kenderaan
Kerajaan belum beri lesen operasi kepada tiga syarikat baharu untuk laksana perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor Fasa Pertama.
![Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729575228_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
![Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738659383_WanSaifulWanJan.jpg)
Projek Jana Wibawa: Pendakwaan bantah permohonan Wan Saiful dapatkan penyata bank syarikat
Pihak pendakwaan membantah permohonan Wan Saiful bagi mendapatkan penyata bank sebuah syarikat berhubung kes pengubahan wang haram dan rasuah projek Jana Wibawa.
![Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734086333_WanSaifulWanJan.jpg)
Projek Jana Wibawa: PMO syor lima syarikat termasuk Nepturis - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu PMO telah mengesyorkan lima syarikat termasuk Nepturis Sdn Bhd untuk dinilai bagi pelaksanaan projek di bawah Program Jana Wibawa.
![Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723099078_WanSaiful.jpg)
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
![Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727939317_MuhyiddinYassin.jpg)
Muhyiddin gagal dapat pasport bercuti ke Uzbekistan, sambut ulang tahun perkahwinan
Muhyiddin gagal mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk bercuti dan menyambut ulang tahun perkahwinan di Uzbekistan.
![Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726022516_MuhyiddinYassinMa.jpg)
Salah guna kuasa: Mahkamah Rayuan tolak permohonan Muhyiddin semak keputusan
Keputusan itu dibuat panel lima hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Azizah Nawawi.
![Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726019664_MuhyiddinYassinMa.jpg)
Kes salah guna kuasa: Pemimpin PN hadir beri sokongan kepada Muhyiddin
Muhyiddin tiba di Istana Kehakiman Putrajaya pada jam 9 pagi menaiki Toyota Vellfire hitam diiringi ahli keluarga yang lain.
![AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725422922_AdamRadlanAdamMuh.jpg)
AGC tolak representasi Adam Radlan berhubung pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram
Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin bahawa AGC menolak representasi itu.
![Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723977329_MUHYIDDINYASINMAH.jpg)
Jana Wibawa: 27 Sept sebutan semula kes salah guna kedudukan Muhyiddin
Mahkamah Sesyen menetapkan 27 Sept ini bagi sebutan semula kes salah guna kedudukan untuk suapan RM232.5 juta projek Jana Wibawa.
![Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724318626_WanSaifulWanJan.jpg)
Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.