PENGARAH terkemuka James Cameron secara rasmi menyertai lembaga pengarah syarikat kecerdasan buatan (AI) Stability AI.


Ringkasan AI
  • Pengarah terkenal James Cameron menyertai Stability AI, kini berada dalam lembaga pengarah syarikat AI tersebut.
  • Cameron terkenal dengan filem seperti Terminator 2, Aliens, Titanic, dan Avatar, dengan tiga filemnya meraih lebih AS$2 bilion setiap satu.
  • Cameron melihat potensi besar dalam AI generatif untuk membantu pengkarya menghasilkan cerita, dan Stability AI menghasilkan teknologi seperti Stable Diffusion dan Stable Video 4D.


Cameron mengukir nama dalam dunia perfileman dengan mengarahkan filem seperti Terminator 2, Aliens, Titanic dan siri Avatar.

Tiga filem arahan beliau memegang rekod kutipan tertinggi di panggung wayang dengan setiap satu meraih lebih AS$2 bilion.

Menurut Cameron, beliau menyertai Stability AI kerana melihat terdapat pertindihan di antara AI generatif dan juga kesan khas menggunakan komputer.

Beliau ingin melihat bagaimana AI generatif boleh digunakan oleh pengkarya bagi membantu mereka menghasilkan cerita.

Sebagai orang lama dalam industri, beliau juga antara pengarah terawal menggunakan kesan khas dijana sepenuhnya menggunakan komputer dalam filem The Abyss.

Stability AI adalah syarikat yang menghasilkan Stable Diffusion yang menjana gambar dan juga video pendek berdasarkan teks.

Di samping itu ia juga telah melancarkan Stable Video 4D yang boleh menjana objek 3D berdasarkan imej 2D sahaja. -Amanz