Datuk Seri Najib Tun Razak percaya jambatan kedua Pulau Pinang iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan kegiatan ekonomi bukan sahaja di Pulau Pinang, malah di wilayah utara Semenanjung.
Perdana Menteri berkata jambatan yang dirasmikannya pada Sabtu lepas itu juga adalah satu lagi bukti usaha tidak berbelah bahagi kerajaan Persekutuan dalam menepati janji-janjinya.
"Tiada yang lebih penting daripada tekad kami untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat. Saya berharap agar rakyat di wilayah utara dapat mengambil peluang dari pembangunan yang dijana oleh projek jambatan kedua ini.
"Jambatan ini dibina untuk anda. Untuk kesejahteraan anda, manfaatkanlah sebaik mungkin," katanya dalam blog beliau www.1malaysia.com.my, Rabu.
Selain daripada fungsi utamanya menyediakan akses dan hubungan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Najib menjangkakan jambatan itu bakal menjadi sebuah ikon nasional sama seperti Jambatan Golden Gate di San Francisco, Amerika Syarikat dan Jambatan Pelabuhan Sydney di Australia.
Najib berkata beliau sentiasa berpegang teguh kepada idea bahawa sistem pengangkutan yang efisien adalah satu daripada komponen penting pertumbuhan ekonomi kerana perdagangan dalam negara disemarakkan oleh pergerakan barangan dan tenaga kerja.
"Atas sebab inilah pihak kerajaan telah merangka pelan berpanjangan untuk memperbaiki infrastruktur dan sistem pengangkutan awam, termasuk LRT, MRT, penambahbaikan dalam hubungan dan akses rel, lebuh raya-lebuh raya di sekitar Semenanjung dan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), dan sebagainya, demi memastikan mobiliti sosial untuk setiap rakyat Malaysia," katanya.
Dibina dengan kos RM4.5 bilion, rakyat di utara kini boleh berharap untuk mengalihkan fokus ekonomi mereka daripada pertanian kepada industri, kata Najib.
"Saya difahamkan dan berharap sebanyak 65,000 peluang pekerjaan akan dicipta oleh projek-projek pembangunan di sekitar jambatan ini.
"Teras utama kerajaan selama ini hanyalah untuk menepati janji-janji kami, bahawa setiap rakyat Malaysia akan dapat manfaat dari mana-mana projek pembangunan Persekutuan," katanya.
Najib berkata jambatan yang diilhamkan pembinaannya oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1995, adalah satu titik pencapaian yang penting untuk Malaysia atas banyak sebab.
"(Ilham) ini disusuli dengan cadangan Tun Abdullah (bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi) bahawa jambatan ini haruslah dibina di bahagian selatan Pulau Pinang agar ia dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di negeri-negeri utara, terutamanya di Wilayah Koridor Ekonomi Utara," katanya.
Beliau berkata jambatan yang menghubungkan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di Seberang Perai akan berfungsi sebagai lintasan alternatif ke Pulau Pinang.
Jumlah kenderaan yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang (jambatan pertama), yang dibina pada tahun 1985, dianggarkan meningkat 68 peratus iaitu 67,000 kenderaan menjelang tahun 2020, katanya.
"Maka, lintasan kedua ini dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas keluar masuk ke Pulau Pinang. Saya yakin bahawa ini akan melonjakkan potensi pendapatan dan kualiti hidup masyarakat yang tinggal di kawasan-kawasan sekitar," katanya.
Jambatan itu, yang dibina sepanjang 24 kilometer atau 16.9 kilometer di atas laut adalah jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan satu mercu tanda kejuruteraan moden, kata Najib.
Menurutnya, ia juga adalah yang terpanjang di dunia yang mengaplikasikan Sistem Galas Getah Rendaman Tinggi (HDRB) yang mana ia mampu menahan gegaran gempa bumi sehingga 7.5 pada skala Richter.
"Satu lagi ciri inovatif dalam pembinaan jambatan ini adalah penekanan kepada aspek mesra alam dalam reka bentuk dan pembinaan plaza-plaza tol pada jambatan ini.
"Ia diiktiraf dengan akreditasi Indeks Bangunan Hijau (GBI) Emas. Usaha ini dilaksanakan demi mencapai efisiensi tenaga, kualiti persekitaran dalaman dan kemampanan dalam operasi plaza tol," katanya.
Bernama
Wed Mar 05 2014
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
AWANI Ringkas: Tarian mencolok mata, penganjur dikompaun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir kembali landa Raub, Lipis
Dua kampung terjejas di Lipis adalah Kampung Beletik dan Kampung Lubuk Kulit, dengan 18 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di dua PPS.
PBB rayu bantuan segera untuk hospital di utara Gaza
Rayuan itu dibuat pada Selasa, membabitkan bekalan makanan dan air yang sangat diperlukan, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA).
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Ahad depan
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS) atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Ahad depan.
Sebahagian laluan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ditutup mulai Selasa
Penutupan bermula 9 pagi hingga 5 petang sepanjang tiga hari dan laluan kontra akan diaktifkan sepanjang penutupan kawasan berkenaan.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup sementara Jumaat ini
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau turut dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sementara Jumaat ini.
Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September
Penutupan sementara itu melibatkan laluan dari arah Batu Maung ke Batu Kawan.
Polis bantuan maut dirempuh ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Seorang anggota Polis Bantuan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) maut dalam kemalangan di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah awal pagi tadi.
Mayat lelaki berseluar renang ditemui terapung
Mayat kemudiannya diserahkan kepada Balai Polis Nibong Tebal dan dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk tindakan lanjut.
Lelaki tinggal kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang sebelum terjun laut
Mangsa dari Kuala Lumpur telah meninggalkan kereta bersama barangan peribadi di jambatan itu sekitar pukul 4.40 pagi.
PKPB Mukim 12 Barat Daya: 10 sekatan jalan raya di enam lokasi mulai tengah malam ini
Polis tidak menutup laluan sepenuhnya sebaliknya hanya melaksanakan SJR di enam lokasi di daerah Barat Daya.
Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 10 jam Ahad ini
Jambatan akan ditutup mulai jam 12.01 tengah malam sehingga 10 pagi pada hari tersebut.
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.