JELEBU: Penduduk di Kampung Sungai Rotan, di sini terpaksa mengusung jenazah dengan menyeberangi sungai selepas jambatan yang menghubungkan tanah perkuburan runtuh akibat banjir baru-baru ini.
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, sebelum ini, jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.
"Bagaimanapun, pada bulan Mei tahun lalu, jambatan yang pertama telah runtuh selepas sebuah lori yang melebihi muatan melewatinya dan permohonan untuk membina semula jambatan itu telah dikemukakan kepada kerajaan Negeri Sembilan.
"Saya mendapat maklumat bahawa sudah ada kontraktor yang dilantik untuk membina semula jambatan itu, namun begitu, sehingga ke saat ini tidak ada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan," katanya menerusi kenyataan di laman sosial Facebook miliknya pada Isnin.
Katanya, keadaan tidak terlalu mendesak ketika itu kerana terdapat satu lagi jambatan alternatif yang merentasi sungai untuk ke tanah perkuburan tersebut namun ia turut runtuh akibat bencana banjir tempoh hari.
"Saya amat berharap agar kerajaan negeri dapat menyegerakan pembinaan jambatan baharu supaya masalah serupa tidak dialami penduduk," katanya.
Jalaluddin berkata, pihaknya juga akan mengambil apa juga ikhtiar agar jambatan berkenaan segera dibina.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang telah bekerjasama dan bertungkus lumus membantu menyempurnakan urusan pengebumian arwah.
Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Idzurizad Idris berkata, lebih 50 penduduk kampung bergotong-royong menguruskan jenazah yang juga merupakan penduduk Kampung Sungai Rotan.
Katanya, paling sukar apabila memastikan keranda yang membawa jenazah ketika mengharungi sungai dengan paras air mencecah paha.
"Hampir 30 penduduk berada di dalam sungai bagi membolehkan keranda dibawa ke seberang dengan tali turut dipasang sebagai langkah keselamatan.
"Alhamdulilah, semua urusan yang dilakukan selepas solat Isyak itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama penduduk," katanya.
Idzurizad melahirkan rasa syukur kerana dapat menunaikan hajat isteri arwah yang mahu dikebumikan di kampung halamannya sendiri.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN
Sinar Harian
Tue Jan 11 2022
Penduduk redah sungai usung jenazah di Kampung Sungai Rotan, Jelebu. - Foto FB Jalaluddin Alias
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [31 Julai 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman dan Farhan Hakimi
- PM sifatkan keselamatan siber di Malaysia masih lemah
- Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
- Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM
#AWANInews #AWANIpagi
- PM sifatkan keselamatan siber di Malaysia masih lemah
- Penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes
- Jualan aiskrim Pei Pa Kao dihentikan atas gesaan KKM
#AWANInews #AWANIpagi
Ireland raih emas pertama Olimpik Paris
Atlet berusia 23 tahun itu mencatatkan masa tujuh minit 38.19 saat, mengatasi rekod milik Mykhailo Romanchuk dengan lebih tiga saat.
Olimpik Paris 2024: Pearly-Thinaah berdepan So Yeong-Hee Yong di suku akhir
Pearly Tan-M Thinaah akan berdepan Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan pada perlawanan suku akhir badminton Sukan Olimpik Paris 2024, esok.
Bapa tiga anak lumpuh akibat kelapa jatuh atas kepala
Abdul Latif sedar dari koma selama tiga bulan selepas menerima rawatan di HUSM susulan kejadian pada 10 Mac lalu.
Jiwa SME: Kambing Baka Barbados Blackbelly | Ternak suka-suka, jadi punca rezeki
Bermula dengan hanya tiga ekor kambing Barbados Blackbelly, Mohd Mazlisham Salleh kini menjadi usahawan berjaya dalam industri kambing akikah dan kambing golek di Pulau Pinang.
Lebih 2,000 koperasi sekolah catat perolehan RM430 juta tahun lepas - Ewon
Pencapaian 2.07 juta anggota gerakan koperasi sekolah ini amat membanggakan kerana ia dinilai dari segi usaha dan komitmen yang diberikan.
Srettha, Anwar berbincang di selatan Thailand Sabtu ini
Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin akan bertemu dengan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di wilayah selatan pada Sabtu ini untuk membincangkan isu keselamatan sempadan dan kewarganegaraan dua negara.
Tanah runtuh di selatan India, ragut lebih 90 nyawa
Beberapa insiden tanah runtuh yang berpunca akibat hujan lebat di kawasan berbukit di negeri Kerala, selatan India sehingga mengorbankan 19 orang.
Puteri Damia hilang sejak Ahad
Remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Jalan USJ 11/3A, USJ 11, di sini, Ahad lalu.
Jambatan runtuh, penduduk redah sungai usung jenazah
Jalan untuk ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan ini dihubungkan oleh dua buah jambatan.