KENINGAU: Sebuah jambatan kekal akan dibina di jalan menghubungkan Tambunan-Keningau berdekatan Kampung Liau Laut, dekat sini, dalam tempoh tiga bulan akan datang, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.
Beliau berkata kos pembinaan masih dalam kajian dan usaha membina jambatan kekal yang boleh menampung hingga 60 tan itu adalah langkah jangka panjang bagi memastikan kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut tidak berulang sekali gus memudahkan pergerakan penduduk ke daerah berhampiran.
Arthur berkata jalan menghubungkan Tambunan-Keningau di kampung itu sudah dua kali runtuh susulan hujan lebat pada September dan November lepas, namun sebuah jambatan bailey telah dibina buat sementara waktu sebagai laluan alternatif penduduk untuk ke kawasan terbabit.
"Jambatan bailey ini hanya langkah sementara kerana walaupun boleh dibina dalam masa singkat tetapi ia hanya satu lorong dan had muatan hanya lapan tan sahaja.
"Justeru, kita akan mencari peruntukan secara Arahan Kerja yang dikhaskan untuk kerja-kerja bencana bagi membina jambatan kekal.
"Sekiranya semua berjalan dengan baik, kita menjangkakan kerja membina jambatan baru boleh dimulakan dalam masa tiga bulan dan setelah itu dijangka mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan.
"Diharap ini akan dapat menyelesaikan masalah tanah runtuh atau jalan terputus di sini," katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau jalan runtuh di kawasan tersebut pada Ahad.
Turut hadir Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Robert Tawik dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Sabah Ali Ahmad Hamid.
Sementara itu, Arthur berkata Kementerian Kerja Raya telah mewujudkan jawatankuasa yang akan bertanggungjawab untuk memantau semua jalan-jalan Persekutuan di negeri ini serta keadaan cerun terutama ketika musim tengkujuh.
Beliau berkata kementerian itu juga mempunyai pasukan tindak balas pantas yang akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat konsesi untuk memastikan kerja-kerja kecemasan dilakukan sekiranya terdapat kejadian seperti tanah runtuh.
"Selain itu, kita juga menyediakan peruntukan bagi membuat kajian cerun khususnya di Sabah melibatkan jalan-jalan Persekutuan untuk memastikan struktur cerun di sepanjang jalan akan berada dalam keadaan baik sekali gus mengurangkan risiko tanah runtuh di masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021

Arthur ketika meninjau jalan runtuh di kawasan Kampung Liau Laut pada Ahad. -Bernama

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.
KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
KWSP berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia setakat September 2024.

Peta haba tunjukkan musim panas Australia semakin panas, berisiko
Musim panas di Australia semakin panas dan lebih berbahaya, dengan lebih banyak pinggir bandar di bandar yang berisiko akibat panas melampau.

PM Anwar seru umat Islam perkukuh ibadah dan takwa di bulan Ramadan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.

Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri

Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau
Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.

Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.

Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.

Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.

Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.