BAGAN DATUK: Pembinaan Jambatan Bagan Datuk di daerah Hilir Perak, bakal memberi manfaat kepada lebih 70,000 pengguna jalan raya, khususnya mereka yang tinggal di daerah itu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembinaannya yang dimulakan pada 2017 kini sudah lengkap dan hanya menunggu masa untuk dibuka kepada orang awam dalam masa terdekat.
Menurutnya, jambatan sepanjang 1.5 kilometer itu menyeberangi Sungai Perak menghubungkan dua kawasan Parlimen iaitu Bagan Datuk dan Pasir Salak.
“Ia dapat memendekkan perjalanan ke pekan-pekan kecil dari kawasan sekitar Pekan Bagan Datuk, Selekoh, Sungai Sumun dan kampung-kampung lain yang berdekatan ke Kg. Kayan, Pekan Sri Iskandar, Bota, Parit, Changkat Lada di Perak Tengah, Sitiawan, Manjung dan Lumut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini
Menurutnya, sebelum ini, jarak perjalanan menggunakan Laluan FT069 dan FT005 akan mengambil masa lebih sejam dengan jarak perjalanan melebihi 50 kilometer.
Sebaliknya, kata beliau, dengan adanya Jambatan Bagan Datuk, perjalanan hanya mengambil masa kurang 15 minit sahaja.
“Bukan itu sahaja, saya percaya kesan limpah pembinaan jambatan ini juga akan membantu merancakkan aktiviti dan pertumbuhan ekonomi kawasan setempat, disokong dengan rangkaian hubungan, aksesibiliti dan mobiliti,” ujarnya.
Katanya, jambatan itu juga bakal memanfaatkan lebih 70,000 penduduk sekitar termasuk pelajar beberapa institusi pendidikan berdekatan seperti Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Asrama Penuh Bagan Datuk (SABDA) dan Politeknik Bagan Datuk.
Beliau mengucapkan syabas kepada semua pihak terlibat, terutamanya Timbalan Perdana Menteri yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang telah berusaha keras dan bertungkus-lumus bagi memastikan kejayaan pembinaan jambatan tersebut.
Abd Razak Mohd Ali
Fri May 19 2023

Alexander berkata, pembinaannya yang dimulakan pada 2017 kini sudah lengkap dan hanya menunggu masa untuk dibuka kepada orang awam dalam masa terdekat.

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Jambatan Bagan Datuk pendekkan perjalanan 50km kepada 1.5km, satu jam kepada 15 minit
Pembinaan Jambatan Bagan Datuk di daerah Hilir Perak, bakal memberi manfaat kepada lebih 70,000 pengguna jalan raya, khususnya mereka yang tinggal di daerah itu.