Pemilik Sekin Fishermen Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari ini walaupun Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula semalam.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa pihaknya telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, namun gagal memperolehi lesen sah kerana campur tangan politik pihak tertentu.
"Resort ini telah dibangunkan lapan tahun lalu dan mula beroperasi sejak 2011, persoalannya kenapa tidak diberi lesen oleh MDSB walaupun semua syarat telah dipatuhi?," katanya kepada pemberita di resort berkenaan di sini, hari ini.
BACA: Resort milik Jamal disita MDSB
Terdahulu, Jamal bertindak 'merasmikan' resort tersebut buat pertama kalinya sejak 2011 dengan memotong reben selain mengoyak notis arahan penutupan oleh MDSB.
Mengulas mengenai tindakan Pejabat Daerah dan Tanah yang merobohkan 11 bilik bangunan yang masih dalam pembinaan, Jamal berkata pihak berkenaan sepatutnya memberi notis terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan tersebut.
Jamal berkata peguamnya akan mendapatkan perintah mahkamah Isnin ini bagi menarik balik arahan sita dan penutupan resort itu.
Semalam, MDSB bertindak menyita resort seluas empat hektar yang mempunyai 100 unit bilik itu kira-kira pukul 10 pagi.
Yang Dipertua MDSB, Azlinda Azman berkata penutupan berkuat kuasa semalam itu dibuat mengikut Undang-undang Kecil 38, Undang-undang Kecil Hotel MDSB 2013 kerana menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen sah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016
![Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482498326_JamalYunoshotelm.jpg)
Jamal meneruskan operasi resortnya walaupun MDSB menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari. - Sumber gambar Jamal Md Yunos
![EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739319811_EPL.jpg)
EPL: Anak perempuan Roy Keane bakal berkahwin dengan bintang England
Leah Keane mengesahkan pertunangannya dengna pemain berusia 23 tahun, Harwood-Bellis, tahun lalu.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 12 Februari 2025
Bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi ini? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.
Transformasi Tenaga Kerja: Apa peluang baru dan ancaman tersembunyi?
Adakah pasaran buruh Malaysia benar-benar stabil, atau sekadar angka yang menutupi realiti? Perbincangan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff ini mengupas isu pengangguran tersembunyi, masa depan sektor pekerjaan, serta cabaran dan peluang dalam ekonomi gig, automasi, dan penyertaan tenaga buruh.
![ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739320018_PrinceofJohor.jpg)
ACLE: Alhamdullillah - Tunku Ismail
Kemenangan JDT turut disambut oleh Tunku Ismail yang berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukannya.
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
![ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739319977_ACLE.jpg)
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
![Kerajaan Selangor beri kerjasama penuh siasatan SPRM mengenai SMUE Kerajaan Selangor beri kerjasama penuh siasatan SPRM mengenai SMUE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51486729796_950x600.jpg)
Kerajaan Selangor beri kerjasama penuh siasatan SPRM mengenai SMUE
Kerajaan negeri Selangor akan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjumlah RM200 juta.
![Jamal tawar diri jadi Presiden FAS Jamal tawar diri jadi Presiden FAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/51484054198_JamalYunos.jpg)
Jamal tawar diri jadi Presiden FAS
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini menawarkan diri untuk menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
![Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/61482498326_JamalYunoshotelm.jpg)
Jamal teruskan operasi resort walaupun diarah tutup 14 hari
Datuk Seri Jamal Md Yunos bertindak meneruskan operasi resortnya hari ini walaupun MDSB telah menyita dan mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bermula semalam.
![Peminat Siti Nurhaliza kesal penyokong Jamal Yunos kaitkan isu air dengan anak Peminat Siti Nurhaliza kesal penyokong Jamal Yunos kaitkan isu air dengan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/81445093487_Siti.jpg)
Peminat Siti Nurhaliza kesal penyokong Jamal Yunos kaitkan isu air dengan anak
Peminat berpendapat sindiran sedemikian tidak sepatutnya dikeluarkan memandangkan ia membabitkan perihal takdir.
![Jamal Yunos hadir bertuala di SUK, mahu tumpang mandi di pejabat Azmin Ali Jamal Yunos hadir bertuala di SUK, mahu tumpang mandi di pejabat Azmin Ali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/71482309615_JamalYunusSUK.jpg)
Jamal Yunos hadir bertuala di SUK, mahu tumpang mandi di pejabat Azmin Ali
Jamal yang tiba di pintu utama bangunan itu jam 9.40 pagi tadi bagaimanapun dihalang daripada memasuki perkarangan SUK.