SHAH ALAM: Memiliki lesen memandu melalui ' jalan pintas' bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain, malah meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'.
Menurut beliau, antara syarat itu adalah menghadiri kursus dan kelas undang-undang jalan raya serta lulus ujian sama ada bertulis mahupun praktikal.
"Memberi rasuah untuk memiliki lesen dengan cara mudah sangat tidak betul. Orang macam ini tidak akan faham mengenai peraturan jalan raya.
"Kalau hendak memandu, seseorang itu kena tahu semua undang-undang yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya," tegasnya kepada Sinar Harian.
Media baru-baru ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pekerja sambilan di sebuah sekolah memandu kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada seorang calon ujian memandu.
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.
Kata sumber berkenaan, suspek yang juga merupakan pembantu tadbir kanan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) dikatakan telah meminta wang tersebut sebagai dorongan mendapatkan lesen 'gerenti lulus'.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata, amalan rasuah perlu diambil perhatian serius agar tidak berleluasa di negara ini.
"Semua pihak terutamanya agensi-agensi kerajaan perlu memperluaskan kempen hapus rasuah dan ia perlu bermula dengan pegawai-pegawainya.
"Ini kerana, agensi-agensi kerajaan perlu menjadi contoh kepada pihak lain," jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Feb 07 2023
Lee Lam Thye berkata, individu yang ingin memiliki lesen memandu perlu mengikuti syarat-syarat ditetapkan dan tiada istilah 'gerenti lulus'. - Foto fail/BERNAMA
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Buli: Tindakan segera perlu, lindungi kesejahteraan pelajar - Lee
Ikatan Komuniti Selamat menggesa pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan tindakan segera perlu dilaksanakan bagi menangani isu berkenaan.
Piawaian keselamatan makanan perlu diperketat lindungi kesihatan awam - Lee
Hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang melanggar piawaian keselamatan makanan sebagai usaha mengukuhkan aspek berkenaan.
Lee Lam Thye terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah OUM
Tan Sri Lee Lam Thye dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) pada majlis konvokesyen ke-38 di sini hari ini.
Kesihatan mental di tempat kerja penting untuk kesejahteraan - Lee
Lee berkata kesejahteraan mental berkait rapat dengan produktiviti dan kesihatan mental yang baik di tempat kerja membawa manfaat.
Pengenalan CPI dalam KPI memupuk ketelusan - Lam Thye
Ia akan mengalih fokus utama daripada membuat lebih banyak kerja kepada isu meraih kepercayaan orang awam dan tingkah laku beretika.
Hari Malaysia adalah masa untuk bersatu padu, muhasabah diri - Lee Lam Thye
Sambutan Hari Malaysia hendaklah dijadikan kuasa yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang menuju ke arah matlamat dan kejayaan negara.
Tanah jerlus: Audit keselamatan dalam tempoh tiga tahun
Lee Lam Thye berkata, menerusi audit keselamatan itu perkara yang perlu diberi perhatian adalah bahagian bawah tanah.
Rasuah penyakit masyarakat yang merentasi etnik, harus ditangani secara kolektif - Lam Thye
Rasuah adalah penyakit masyarakat yang merentasi etnik dan harus ditangani secara kolektif, menurut ahli Institut Integriti Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye.
Aspek keselamatan di hospital perlu diberi perhatian, dikaji semula - Lee
Lee berkata insiden remaja yang menceroboh dan menyamar sebagai kakitangan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang semalam adalah perkara serius dan harus diambil berat.
Kadar kemalangan tinggi pengguna motosikal: PM zahir kebimbangan
Anwar menzahirkan kebimbangan terhadap kadar kemalangan tinggi dalam kalangan pengguna motosikal yang berkait dengan kelemahan penguatkuasaan undang-undang.