KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki sanggup mengembara dengan berjalan kaki selama tujuh hari dari Kelantan ke Terengganu demi mengumpul dana menerusi kempen #Walk4CancerKids yang akan disalurkan kepada Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser Kuala Lumpur (KIDS).
Mukhlis Ilyas, 58, memulakan perjalanan sejauh 165 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan sejak 25 Disember lalu bersama sebuah troli yang ditolak sepanjang perjalanan.
Katanya, pengembaraan itu adalah pengalaman kedua yang dilakukan selepas rekod pertama berjalan dari Bandar Penawar, Desaru, Johor ke Kuantan, Pahang pada tahun 2020.
"Sebelum memulakan perjalanan, saya telah memantapkan stamina dengan melakukan latihan antaranya larian sejauh 10 km pada setiap hari dan menjaga pengambilan makanan.
"Saya pastikan telah membuat persiapan rapi sebelum memulakan perjalanan jauh dan memastikan tahap kesihatan dalam keadaan baik sepanjang perjalanan," katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di dataran jambatan angkat, di sini, jam 3 petang pada Jumaat.
Mukhlis berkata, setakat ini dia telah mengumpul lebih RM300 hasil derma orang ramai selain turut mendapat perhatian dan sokongan menerusi derma yang disalurkan secara dalam talian.
Berkongsi cabaran melakukan pengembaraan ketika musim tengkujuh, Mukhlis berkata, dia bersyukur kerana sampai ke setiap destinasi mengikut jadual yang ditetapkan dan tidak berdepan cuaca buruk.
"Walaupun melakukan perjalanan pada musim tengkujuh, saya bersyukur kerana keadaan cuaca yang redup serta sedikit hujan melancarkan perjalanan saya untuk tiba ke sesuatu lokasi," katanya.
Dalam pada itu, Mukhlis berkata, pengalaman mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser menyebabkan dia nekad untuk meneruskan kempen itu
"Secara peribadi saya turut kehilangan tiga kakak akibat kanser dan mempunyai seorang abang yang masih berjuang melawan kanser.
"Jadi, apa yang saya lakukan ini diharap dapat memberi motivasi kepada orang lain serta menyuntik kesedaran umum terhadap kanser terutama dalam kalangan kanak-kanak, " katanya.
Sementara itu, Pengerusi KIDS, Hamidah Tajudin berkata, KIDS yang ditubuhkan sejak tahun 2016 kini mempunyai hampir 1,000 ahli.
Katanya, antara objektif utama penubuhan kumpulan itu adalah untuk memberi sokongan terhadap ibu bapa dan anak-anak yang menghidap kanser terutama mereka yang terdiri dalam kalangan golongan berpendapatan rendah (B40).
"Penubuhan KIDS merupakan inisiatif saya dengan sokongan para ibu bapa yang berkongsi nasib yang sama.
"Banyak kisah duka yang dialami mereka lebih-lebih lagi golongan berpendapatan rendah.
"Ada antara mereka yang berdepan tekanan emosi kerana terpaksa menampung kos rawatan yang tinggi selain bebanan perbelanjaan harian setelah ada dalam kalangan ahli keluarga mereka menghidap kanser," katanya.
Hamidah turut mempunyai seorang anak yang telah meninggal dunia akibat kanser tiga tahun lalu.
Katanya, walaupun anaknya sudah tiada, dia akan terus berjuang untuk membela nasib kanak-kanak lain.
"Kanser tidak mengenal usia. Pengalaman saya dengan pesakit kanser ini ada yang usia paling muda disahkan kanser seawal tiga hari selepas dilahirkan. Malangnya bayi itu tidak mampu diselamatkan dan meninggal dunia ketika berumur enam bulan.
"Banyak kisah duka yang dikongsikan oleh mereka. Syukurlah ramai juga yang mula peka dan prihatin terhadap nasib mereka dengan turut menyalurkan sumbangan bagi membela nasib mereka," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 01 2022
Mukhlis (dua dari kiri) membaca doa sebaik tiba di destinasi terakhir di Kuala Terengganu ketika menamatkan misi berjalan kaki sempena kempen #Walk4CancerKids pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Malaysia raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Jalan kaki 7 hari dari Kelantan ke Terengganu demi pesakit kanser
Mukhlis Ilyas, 58, memulakan perjalanan sejauh 165 kilometer (km) dari Kota Bharu, Kelantan sejak 25 Disember lalu bersama sebuah troli yang ditolak sepanjang perjalanan.