ALOR GAJAH: Projek pembinaan jalan baharu di Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram yang menghubungkan pekan Masjid Tanah dan Alor Gajah, Melaka serta Port Dickson, Negeri Sembilan sepanjang hampir tiga kilometer akan memberi manfaat kepada penduduk sekitar.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata projek membabitkan peruntukan kira-kira RM36 juta oleh Kementerian Kerja Raya itu melibatkan kos pembangunan jalan dan pengambilan tanah, mula dilaksanakan sejak Februari tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.
"Bagi pengambilan tanah untuk projek ini, ia juga tidak melibatkan pengambilan mana-mana kawasan penempatan penduduk di kampung atau taman perumahan dan hanya melibatkan kawasan tanaman getah dan kelapa sawit," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di tapak projek jalan itu di sini semalam.
Hadir sama Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Timbalannya Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.
Ab Rauf berkata dengan pembinaan projek tersebut ia akan melancarkan penyuraian trafik bagi pengguna yang menuju ke Pekan Masjid Tanah dan mereka yang berulang alik dari Port Dickson melalui pekan Kuala Sungai Baru serta laluan ke pekan Alor Gajah.
Beliau berkata jalan baharu yang dibina itu juga akan menjimatkan masa kira-kira 15 minit berbanding melalui jalan sedia ada ketika ini, sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di Pekan Masjid Tanah terutama pada waktu puncak.
"Menerusi projek ini ia dilihat akan merancakkan lagi ekonomi penduduk setempat di samping kita jangka dengan adanya jalan baharu ini ia berpotensi untuk pihak pemaju mengambil peluang untuk mewujudkan taman-taman perumahan baharu," katanya.
Katanya selain itu, dua lagi jalan pintas baharu sedang dalam pembinaan di negeri ini iaitu membabitkan laluan Ulu Jasin ke Rim dan Serkam ke Bemban.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2023
Ab Rauf (dua, kanan) bersama Nanta (tiga, kiri) ketika mengadakan lawatan meninjau projek pembinaan jalan baharu di Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram di Alor Gajah, semalam. Turut sama, Abdul Rahman (kanan). --fotoBERNAMA
Mahathir Rais tinggalkan Bersatu, PN
Setiausaha Bersatu Wilayah dan Setiausaha PN Wilayah Persekutuan umum peletakan jawatan serta-merta.
Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC
Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump dilepaskan tanpa syarat di New York pada Jumaat selepas disabitkan dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan.
Piala FA: Arne Slot beri amaran kepada Liverpool
Perlawanan pusingan ketiga Piala FA di antara Liverpool dan Accrington Stanley bagaikan final Liga Juara-Juara (UCL), kata Anre Slot.
Kebakaran Los Angeles: Gabenor California jemput Trump ke lokasi, gesa tidak 'politikkan' tragedi
Gabenor California, Gavin Newsom menjemput Presiden Amerika Syarikat terpilih, Donald Trump untuk melawat negeri itu, sambil menggesa beliau agar tidak "mempolitikkan" kebakaran dahsyat yang melanda Los Angeles.
Kebakaran: Dua kebakaran besar di Los Angeles berjaya dikawal
Pasukan bomba akhirnya mula berjaya mengawal dua kebakaran besar di bahagian timur dan barat Los Angeles pada Jumaat selepas angin kencang yang memburukkan kebakaran selama beberapa hari, mulai reda.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Di sebalik itu, cabaran berkaitan akses kepada sumber air menimbulkan banyak persoalan.
Bursa Malaysia dijangka alami kenaikan sederhana minggu depan, didorong optimisme
Dagangan mungkin kekal dalam julat kecil kerana pelabur menilai optimisme berkaitan peluang tempatan dalam keadaan pendirian berhati-hati terhadap ketidaktentuan global.
"Petaling Street" digempur lagi, 34 PATI ditahan
Jalan Petaling yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur pada Jumaat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menerusi operasi "KL Strike Force" dan menahan 34 pendatang tanpa izin.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
“Anak saya tidak mengatasi undang-undang” - Saifuddin Nasution
Sekiranya siasatan mendapati ada asas, biarlah proses undang-undang mengambil tempat, kata Menteri Dalam Negeri itu.
Jalan baharu Solok Ayer Limau-Kampung Jeram beri manfaat kepada Melaka, Negeri Sembilan
Projek membabitkan peruntukan RM36 juta itu mula dilaksanakan sejak Februari tahun lepas dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.