SUNGAI SIPUT: Kerajaan Perak meminta Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) negeri agar lebih peka dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang asing memasuki kampung mereka, khususnya ketika situasi pandemik COVID-19.
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, ia susulan boleh menimbulkan risiko wabak kepada penduduk di satu-satu perkampungan berkenaan, tambahan pula yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Saarani berkata demikian sebagai mengulas isu seorang aktivis Rusia yang dilaporkan mengutip derma tanpa kebenaran dan menginap di Kampung Orang Asli Pos Woh di Tapah baru-baru ini.
"Ia (tidak patuh SOP) adalah di bawah bidang kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sesiapa sahaja tidak kira daripada Rusia atau mana-mana pun, jika mereka didapati tidak patuh maka kita boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan.
"Kita tidak tahu dia datang dari mana dan virus apa yang (berkemungkinan) dibawa. Jadi masyarakat orang asli melalui JAKOA atau Tok Batin perlu peka perkara ini kerana suasana sekarang tidak mengizinkan. Individu tidak dikenali sejarahnya tiba-tiba masuk ke dalam kampung dalam keadaan tidak patuh SOP, itu adalah kesalahan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Graduasi 2020 SMK Bawong, di sini pada Ahad.
Justeru beliau menasihati pihak yang bertanggungjawab memantau kemasukan pengunjung khususnya orang luar ke perkampungan orang asli bagi sebarang penganjuran aktiviti atau progam.
Terdahulu media melaporkan, aktivis Rusia yang dilaporkan mengutip derma tanpa kebenaran dan menginap di Kampung Orang Asli Pos Woh di Tapah telah meninggalkan perkampungan itu pada 14 Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, aktivis berkenaan, Valeriya Ashtashova dan anak lelakinya keluar dari kampung itu selepas dinasihatkan oleh JAKOA.
JAKOA sebelum ini mengeluarkan surat kelulusan kepada Valeriya untuk menjalankan Program Kelas Bahasa Inggeris di Kampung Orang Asli Pos Woh pada 14 Disember lalu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilaporkan berkata, program itu bagaimanapun dibatalkan selepas JAKOA menerima maklumat yang aktivis itu tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.
Aida Aziz
Sun Apr 04 2021
![JAKOA, Tok Batin perlu peka orang asing masuk kampung JAKOA, Tok Batin perlu peka orang asing masuk kampung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81617527800_saaranimohamad.jpg)
Saarani mengulas isu seorang aktivis Rusia yang dilaporkan mengutip derma tanpa kebenaran dan menginap di Kampung Orang Asli Pos Woh di Tapah baru-baru ini. - Astro AWANI
![Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721021538_TBSHAMSUL.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
![PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024 PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710922383_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
![Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709286153_TBRAMLIMOHDNOR.jpg)
Usul pindaan kebajikan Orang Asli dimasukkan dalam Senarai Bersama - Ramli
Ramli akan membawa usul pindaan kebajikan Orang Asli ke dalam Senarai Bersama antara kerajaan Persekutuan dan negeri bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan pengurusan tanah dan ekonomi.
![JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81714582145_TBJPNKELANTAN.jpg)
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
![JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704625940_JAKOA.jpg)
JAKOA pastikan bekalan makanan Orang Asli terjejas banjir sentiasa cukup
Sehingga kini terdapat tiga Kampung Orang Asli di Mersing dan enam di Kluang yang terjejas hubungan susulan banjir.
![Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704109432_TBKOMUNIKASI.jpg)
Perkhidmatan telekomunikasi di Pos Lemoi, Telimau pulih
Perkhidmatan telekomunikasi di dua penempatan Orang Asli, iaitu Pos Lemoi dan Pos Telimau di Cameron Highlands pulih sepenuhnya hari ini.
![Kabel gentian optik putus akibat tanah runtuh, punca gangguan komunikasi Kabel gentian optik putus akibat tanah runtuh, punca gangguan komunikasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703927945_TBFadzliMohamadKa.jpg)
Kabel gentian optik putus akibat tanah runtuh, punca gangguan komunikasi
Fadzli berkata antara yang terkesan dengan gangguan komunikasi itu ialah penduduk Pos Lemoi dan Pos Telimau yang terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari pekan Ringlet.
![JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689566319_SapiahMohdNor.jpg)
JAKOA kaji Akta 134 perkasa masyarakat Orang Asli
Kajian dan sesi libat urus bagi memperkasakan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) sedang giat dilaksanakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kata Ketua Pengarahnya Datuk Sapiah Mohd Nor.
![PRN: Ahmad Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi PRN: Ahmad Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691485650_TBZAHIDLANGKAWI.jpg)
PRN: Ahmad Zahid harap pihak berkuasa pantau aktiviti pancing undi
Ahmad Zahid berharap pihak berkuasa dapat memantau aktiviti 'memancing undi' dengan wang ringgit, menjelang hari pengundian PRN, Sabtu ini.
![Pekebun Orang Asli jual keledek guna TikTok, Facebook Pekebun Orang Asli jual keledek guna TikTok, Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688547237_TBPekebunOrangAsli.jpg)
Pekebun Orang Asli jual keledek guna TikTok, Facebook
Seorang pekebun Orang Asli yang mengusahakan keledek di Kampung Redip, Pos Hau di sini, meraih permintaan tinggi menerusi platform media sosial TikTok dan Facebook.
![Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682949243_TBzahidhamidi.jpg)
Sasar 400 anak Orang Asli ke universiti - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan sekurang-kurangnya 400 anak Orang Asli akan melanjutkan pengajian di universiti awam atau institusi pengajian tinggi swasta tahun ini.
![Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665731925_JALANROSAK.jpg)
Orang Asli Gua Musang rayu peminat sukan lasak 4x4 hentikan aktiviti
Penduduk mengalami kesukaran walaupun hanya bermotosikal untuk keluar masuk berikutan jalan rosak teruk akibat dilalui kenderaan tersebut.