Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meningkatkan pemantauan secara berkala sepanjang Ramadan nanti bagi memastikan premis makanan seperti restoran dan hotel menawarkan bufet Ramadan yang mempunyai perakuan sijil halal yang sah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata isu halal menjadi keutamaan JAKIM kerana semasa Ramadan terdapat pelbagai jenis makanan akan dihidangkan kepada pengguna Islam untuk berbuka puasa.
Katanya mana-mana pemis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal akan diambil tindakan tegas dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu itu.
"Kita akan lebih menghalusi soal makan, jadi JAKIM telah susun aktiviti dengan aturkan pasukan-pasukan untuk pemantauan di seluruh Malaysia, terutama untuk penguatkuasaan bagi makanan.
"Dalam bulan Ramadan ini hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai makan yang menjual makanan kepada orang ramai berbuka puasa memerlukan pemantauan yang rapi dan kita akan war-warkan nanti sebelum awal Ramadan dengan senarai rujukan termasuk dalam laman web portal," katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Membara Karnival Sukan Parlimen Jerai di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini Sabtu.
Beliau yang juga Anggota Parlimen Jerai berkata untuk itu, JAKIM akan bekerjasama dengan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi menggerakkan pasukan masing-masing dalam menguatkuasakan peraturan berkenaan.
"Pemantauan berkala penting bagi memastikan pengguna tidak tertipu dengan helah pengusaha hotel dan restoran yang ingin mencari keuntungan dengan menawarkan bufet Ramadan tanpa perakuan sijil halal yang sah.
"Pemantauan juga bagi memastikan pemilik restoran atau hotel mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan dengan menggunakan bahan halal yang dipersetujui," katanya.
Jamil Khir berkata pemantauan itu juga bagi memastikan sijil perakuan halal masih sah digunakan dan tidak tamat tempoh.
Beliau berkata pengguna perlu bijak memilih lokasi berbuka puasa terutama rangkaian hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan yang mendapat perakuan sijil halal sah daripada JAKIM dan JAIN.
Pengguna boleh menyemak terlebih dahulu premis makanan atau hotel yang memiliki persijilan halal atau tidak menerusi laman web JAKIM iaitu http://www.halal.gov.my bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat pilihan untuk berbuka puasa.
Bernama
Sat Jun 21 2014
JAKIM: Tindakan tegas akan diambil terhadap premis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal. --fotoBERNAMA
Pelancongan: semua kementerian diseru kukuh kerjasama dengan MOTAC
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Suspek bunuh ibu, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa pada Selasa
Lelaki dipercayai membunuh ibunya dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Selasa.
Papan tanda: tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Waktu bekerja: jika lebih lama beri risiko fizikal, mental jururawat
Pelaksanaan waktu bekerja yang lebih panjang boleh memberi risiko ke atas fizikal serta mental jururawat, dan secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap perkhidmatan kepada pesakit, kata Majlis Eksekutif Tertinggi Persatuan Jururawat Malaysia (MNA).
Sidang Parlimen: Tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
Sidang Parlimen: Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan antara tumpuan hari ini
Isu pengurusan rumah pangsa kos rendah dan kuarters penjawat awam antara yang dibincangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Serangan Israel di Beirut Tengah ragut 29 nyawa
Sumber keselamatan Lubnan melaporkan bahawa serangan pada 23 November itu menggunakan bom pemusnah 'bunker'.
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
JAKIM pantau premis makanan, pastikan ada sijil halal sah
Mana-mana premis yang beroperasi tanpa sijil perakuan halal akan diambil tindakan tegas oleh JAKIM.